Tuesday, 31 May 2011

Cara Mengatasi Perut Buncit.

salam.

your tummy should be placed at your tummy, but your TUMMY is EVERYWHERE. how was that??!!


korang buncit la tu derrr.... masalah buncit bukan pada orang gemuk saja tahu. orang kurus yang macam kita (err... kita?) ni pun boleh terjebak juga. kurus dah cantik dah, ada shape bagai, sekali perut kedepan daa... myself also face the same situation. terjejas reputasi apabila mahu dating. aiyarkk!!

wohooo.. sangat scary bila lemak menggelebehhh


maka gigihlah mencari tips atau petua yang boleh diamalkan. yelah, tak mampu nak pergi slimming program. ada duit sekepuk boleh la. orang dulu-dulu amalkan petua je sebab dulu belum high tech lagi nak pecah lemak guna mesin whatsoever. 


so, paling mudah dan paling berkesan of courseeee...

  • minum air masak sekerap mungkin. kalau bukan untuk hilangkan perut buncit pun, memang kita digalakkan minum air masak rather than air laici atau cendol ataupun jus guava. sebab dia lancarkan metabolisme kita. 
  • duduk dalam posisi yang tegak. perasan kan kalau kita duduk bongkok, perut berlapis berebut-rebut mahu menonjolkan diri. tegakkan badan jangan bagi nampak perut.lagipun elok untuk tulang belakang. 
  • makan perlahan-lahan. lagi-lagi stok yang kebulur tu, makan nak pelahap je. rilek-rilek sudah. makan rilek pun membantu kan. tu pun susah ke?? *emo tak pasal-pasal. sebab nya kalau kita tak kunyah betul-betul, bahagian kecil makanan tak dapat dicerna dengan betul, maka jadilah gas-gas belon udara di perut. argghh bughok. tak suka!
  • kurang pengambilan garam dan lebihkan serat.  serat senang nak dapat. dalam sayur ada, dalam buah-buahan ada. sekarang pun banyak produk yang ada serat macam oat tu. tapi organik lagi better kan.
  •  kurangkan buat entry menternak lemak sebab buat orang lain rasa lapar dan tergesa-gesa mencari makanan. muahahaha.. habis aku kang kena terjah dengan peminat beliau kang. nayaaa~

dengan tiadanya perut buncit. keyakinan diri akan melonjak dengan serta merta. lagi-lagi bila encik sayang sekalian memuji, tak kembang kempis hidung kau?! bhahaha.. nak pakai baju apa pun cantik je. ala-ala pakai corset gitu. tapi if you guys susah sangat nak buat, duit pun melambak-lambak tak tahu nak buang kat mana, contact her. she will absolutely help you. buang duit kat sini pun boleh (sambil tunjuk diri sendiri). lalala~


lagipun senang kan tips ni semua?
selamat mencuba. 



p/s: orang kata lelaki buncit sexy? no? entah la, aku suka lelaki six pack rather than one big pack. ;p

till meet next entry.