Monday, 23 May 2011

Cikgu dan Derma.

salam.


pakusu: ena, buatkan pakusu belog.. pakusu nak post satu entry. satu je...

aku: nak buat pasal apa?

pakusu: tajuk dia cikgu dan derma.

aku: heh?

entry ini telah ditempah khas oleh pakusu aku sebab dia bengang dengan cikgu sekolah Hakim. Hakim ke Piah tah, tak hingat pula beta. huhu.. tapi yang penting pasal derma menderma ni lah.


hakim ada bawa balik satu kad tebal, dalam tu ada banyak columns and rows. korang pernah tak pergi rumah ke rumah mintak derma sebab nak bagi kat sekolah. once kita derma, tulis nama, tulis berapa hengget kita bagi, tandatangan. personally, aku ada pengalaman macam tu juga waktu sekolah rendah. kenalah merayap dari rumah ke rumah buat muka comel. ;p


 yang pakusu aku bengang sangat tu, derma bukankah perlu ikhlas?. tapi hujung kad tu tulis...


DERMA SEIKHLAS HATI, MINIMA RM 2. 


hehe..  bengang tak sudah pakusu aku ni, dah sekolah menengah dah pun budak tu. ada ke patut derma nak ikhlas tapi minima RM2. kalau kita ikhlas sepuloh sen je macam mana? teringat JOZAN punya lawak yang curi tabung tu. ha.. lebih kurang lah tu. 


tak tahulah untuk apa lagi derma-derma ni padahal yuran dah beratus, tak termasuk buku, buku tambahan, kelas malam, nak duit lagi? kalau untuk kebajikan tak apa lah jugak, tapi bila dah sampai untuk kepentingan guru ke, sekolah ke.. budak tu dah darjah 6. lagi berapa minggu je nak grad.. eh.. habis sekolah...


jadi, kepada para cikgu, kalau ye pun nak suruh budak-budak minta derma, agak-agak la nak tulis caption bawah tu. macam unproper pula. budak-budak tahu apa, dia tahu mintak duit je, tak bagi kang dia pula yang kena marah kat sekolah nanti... 


haih.. derma.. derma.... =.='



till meet next entry