Thursday, 19 May 2011

Follower is a gift for each Good entry.

salam.

tengok... tak boleh tidur lagi.. kau ada penyakit amnesia ke hape surina? jap, amnesia tu short term memory. bukan.. salah.. salah.. INSOMNIA.. thats the right word. haa.. tak, surina sihat walafiat. alhamdulillah. ni sebab beliau tertidur petang tadi. sebab baca buku undang-undang lepas tu buat soalan yang 500 tu. baca buku kan ubat tidur terbaik. tak tahu ke? tapi lebih afdal kita baca lah apa yang patut. doa tidur, 4 qul, susah nak tidur lagi? chill lahh... kita ada doa susah nak tidur.. baca ni..


*klik untuk bagi vitamin tumbesaran.


tapi habiskan lah baca full entry dulu, tutup laptop, bentang toto ke tilam ke, pasang kelambu ke, baru baca okay. kang mimpi aku kang sebab baca blog aku sebelum tidur. malulah i.... hahahaha..


nak cakap pasal follower sebenarnya. blog aku ni masih baby lagi. 2 bulan pun tak cecah.. aku ni pulak bukan jenis pakai follow je blog orang lain. aku tengok entry orang tu dulu sebab setiap orang yang aku follow memang aku tak kan lepas baca update entry dia. lagi-lagi bila aku dah addicted nak tahu update dia tiap hari meansss... you are the best!! :)


kita pun termotivasi nak buat entry yang best. lepas update entry, follower bertambah, orang bagi feedback pulak. i mean positive feedback. kita rasa puas. thanx dude and babe! u guys such a gift. 


punyalah nak hargai follower yang seciput ni nak bandingkan dengan you-know-who punya follower. yelah.. at least you guys know how much i appreciate my follower. dan at least adalah satu entry kita cakap pasal ni. kan? kan? lagi-lagi bila ditaip pada waktu pagi macam ni, memang datang dari jiwa raga, tulus murni. percayalah. sobssss 
u guys deserve to receive thIs.. TADAAA!!!!
(rolling drum)



without follower, buat apa aku penat-penat taip. aku ni dah la sensitip, tak ada orang baca kang aku nangis. ;p puas lah pulak orang tu nak memujuk. 


my dear follower, lets be a good blogger and spread some love. 


love,
surina

p/s: dah boleh baca doa dah.


till meet next entry.