Tuesday, 17 May 2011

Ke Jinjang Pelamin Akhirnya.

salam. 

entry ini adalah khas untuk rakan seperjuangan yang akan menginjak ke alam lain tak lama lagi. Alam perkahwinan. and of course i am too excited to know that they are finally going to the next step. tak sia-sia bercinta bertahun-tahun lamanya. jangan pula lepas kahwin nanti tak cintan cintun lagi ye.. dah halal ni.. buat lah apa nak.. tak ada orang nak larang, tak ada orang nak bising dah. hehehe.. green light beb!! 

first thing that cross my mind is 'biar betul diorang ni dah nak kahwin?' lagi-lagi bila tengok gambar tunang. sangat excited okay. yelah.. dulu time budak-budak zaman sekolah kita borak-borak kosong je.. tak sangka masa nya dah tiba...

haa.. hambek kau.. berderet sekali gus. and i am so happy. lagi-lagi kawan baik yang sudi ajak kita memeriahkan majlis diorang walaupun kecil-kecilan. pergi ke tak belakang kira tapi dapat tahu awal-awal tu pun dah buat kita tumpang gembira, tumpang bahagia. 

so, my big CONGRATULATION goes to....


Faralina dan pasangan, Rafsanjani.


faralina adalah kawan hostel aku since form 1 lagi. she is soo sweet and kind. kalau orang luka ke apa ke, dialah nurse. bab-bab balut kaki ke tangan ke bagi je kat dia, setel! tapi sambil balut tu mulut dia potpet2 gak. hehe... dan pasangannya adalah senior kitorang.kenal dari sekolah lagi. tahulah jugak sikit-sikit kisah pertemuan diorang ni. almaklumlah, orang cantik ramai yang nak.. dan akhirnya... clap3 untuk rafsan. please please please jaga fara baik-baik. aku tersangat-sangat sayangkan dia. *tetiba rasa nak nangis.
i'm so happy for you fara. tak sangka kau jalan dulu. ;p


Farhah dan pasangan, Fahmi


sorry tak ada gambar tunang beliau, tak boleh reveal. hehe.. pa'are adalah kawan aku yang manja since form 1 lagi. kira fara dengan pa'are lah jalan dulu ni.. hehe.. kisah dia dengan Fahmi pun tahulah juga sebab apa-apa je dia ni memang bercerita kat aku je. tapi sekarang since masing-masing busy, kurang sikit. dah jadi nurse sekarang, ni baru betul-betul nurse. ingat lagi aku dorm 4, pa'are dorm 3, tapi dorm 4 tu dah macam dorm dia sebab asyik menyempil je sebelah aku nak tidur sekali. hehe.. and fahmi, i know that you love pa'are so much and please please please take care of her. *statement sama je. hehehe..



Shafika dan pasangan, Hafiz


ika baru je melangsungkan pertunangan dia dengan kekasih hati, Hafiz. ponnnn bercinta dari zaman sekolah juga. mak aihhh.. hebat la kamu bertiga ni. time sekolah tak rapat pun sebab aku budak asrama, diorang budak luar. biasalah tu, asrama dengan bukan asrama memang tak pernah ngam, kenal gitu-gitu je... tapi yang penting, aku suka tengok dia sebab dia sangat comel sebab ada lesung pipit. hehehe.. sekarang rapat pun sebab kitorang follow memollow blog masing-masing. congrats ika. kamu sangat cantik dan hafiz... statement sama jugak.. please please please jaga ika till the last breath okay. 



Nadiha dan pasangan, Salleh


congrats kak De'are... she is my senior kat asrama dulu. she is beautiful in person. cakap pun lembut je tapi tak tahulah.. boleh kira kot berapa kali je cakap dengan dia. hehehe.. dulu time form 1 ke form bape tah.. paling ingat tentang kak De'are bila kite nak mandi kat toilet. sue basuh muka sebelah sinki kak De'are. lepas tu sue tegur muka kak De'are licin. then, you show me the right skill to massage our face. bawah mata tu kene tepuk pelan-pelan nak hilangkan eye bag. and you know what sampai sekarang sue buat macam tu. hehehe.. congrats to both of you. jemputan  kat facebook dah dapat insyaAllah kami serang kenduri tu nanti. ;p



wahhh... happy dapat tulis entry for you guys. semoga perkahwinan masing-masing bahagia hingga ke anak cucu, cicit, anak cucu, anak cicit, cicit punya cucu, cucu tu punya cicit. *ade rasa nak lempang tak? hehehe..

saya disini, Siti Surina dan rakan-rakan mendoakan kalian mendapat jodoh yang betul dan diredhai Allah. nak bina masjid, besar pahalanya. i am soooo excited. doa-doakan lah kami dimurahkan rezeki supaya dapat ke alam yang sama. :)

with love,
SURINA


p/s: sorry cilok gambar kat fb masing-masing. ;p 

till meet next entry