Wednesday, 18 May 2011

Lelaki bajet BAGUS.

salam.

sepanjang hidup 21 tahun bergelar perempuan, aku ada pengalaman jugak lah dengan lelaki yang bajet bagus ni. kepada lelaki yang terasa sila pangkah cepat-cepat kat penjuru belah kanan atas. takutlah teww.. hahaha.. *carik pasal kan? ala.. perempuan pun ada juga yang bajet bagus, tapi entry kali ni adalah untuk lelaki. harap maklum.


apa yang dikatakan lelaki bajet bagus adalah bila....

  • konon-konon kaya bawak kereta pergi kuliah padahal kereta bapak dia. adik beradik yang lain terkontang-kanting naik bas sebab nak bagi dia bawak kereta.
  • ajak keluar, nak makan tempat mahal jewww.. tapi bayar sendiri-sendiri. ehh.. what la?? where is your gentleman sense dude?
  • perasan handsome. handsome ke kalau jerawat batu penuh.. lalalala~
  • ajak tengok wayang, sampai part kena bayar.. bagi kat cashier RM10 lepas tu blah. yang perempuan tu baru terhegeh-hegeh nak keluarkan dompet sebab ingat lelaki tu nak belanja. 
  • senyum je tengok perempuan serang perempuan lain sebab dia. konon-konon hot lettewww...
  • suruh kita break dengan boyfriend sebab dia nak jadik boyfriend kita. rugilah konon nya kalau tak couple dengan dia. kalau taknak sudah, melepas lah. eww.. kau hingat kau siapa? padahal kau yang nak perempuan tu. kan? kan? ngaku jelah... 
  • kita kena baik dengan kawan dia, tapi dia tak ngam pon dengan kawan kita. tak ada kelasss lah , diorang tak stylo. 
  • merajuk tak bagi morning wish. oii.. hilang howt kau tuh. perempuan je boleh merajuk macam tu. bhahaha
  • dah la dia yang ajak kita keluar, dia pulak yang buat muka bosan. sekeh kang.

banyak lagi sebab yang buat aku pandang seorang lelaki itu bajet bagus. lagi-lagi bila part ajak tu, for sure perempuan tersebut thought that she will be treat or whatsoever. 

tak kemana sudahnya. perempuan yang dapat lelaki macam ni di awal pengenalan. sila-sila dan sila lah jauhkan diri. baguslah jugak lelaki ni tak hipokrit awal-awal, senang sikit kerja. hahaha. 

kepada lelaki yang ingin mendekati wanita, silalah menjadi diri sendiri tapi hok hok kedekut tu buang lah dulu. tak pasal-pasal melepas sorang, gigit jari. tak cukup duit? bagitahu awal-awal, kita boleh share-share. perempuan yang baik akan terima kita seadanya. 

'awak, kita nak ajak awak keluar tapi kita share-share ehh bayar makan ke, wayang ke.. sharing is caring' pastu buat muka comel. macam tu, paham tak? hahahaha.. 

tapi aku memang anti betullah lelaki yang bajet kaya padahal duit dari bank ma$pa , duit ptptn. budak sekolah yang macam ni lagilah aku anti. 

simple word for you guys..


readers lelaki, korang salah satu dari sifat-sifat di atas ke tak? kalau tak alhamdulillah.. kalau baca lepas tu macam sakit hati sikit-sikit tu.. kira adalah tu sikit... 

haha.. saja nak share dari pengalaman sendiri plus pengalaman rakan-rakan. tu kira sikit je tu sebab malas nak ingat. hehe

till meet next entry. peace.