Wednesday, 18 May 2011

lembu.. lembu.. peha.. biskut..

salam..

tajuk entry ini adalah sesuai sekali di post pada waktu malam. ketika sang manusia enak di buai mimpi. aku yang tak boleh tidur dari tadi ni cuba jugak nak tidur tapi dok terkebil sana.. terkebil sini.. ahh.. post satu entry!!

alkisahnya beberapa malam yang lepas.. malam ke?? pagi la.. pukul 2 ke 3 pagi tah... aku dok on call lagi dengan munzir. perlulah gudnite muah muah whatsoever before tidur kan. tengah congceng sana, congceng sini..

tiba-tiba..

kakak aku tukar posisi tidur dia..

lepas tu..

.

.


''lembu..lembu.. (2 saat kemudian) peha...... biskut..'' 


jelas lagi menyeramkan.. hahaha

munzir yang kat johor tu pon dengar beb!! of course la sebab kitorang tengah on call kan.. terus dia tanya 

'kaklong mengigau ke tu?'

'haah.. eyyy.. apa dia ni.. lembu-lembu pulak, tak ada benda lain ke nak cakap? apa kaitan lembu, peha dengan biskut?'

'haa.. dia tengah ngigau kan.. pergilah tanya dia, tanya rahsia ke apa ke.. kompem dia jawab'

'hey.. scary nya macam tu.. tak nak lah!'

haha.. yang penting berderai ketawa sampai keluaq ayaq mata.. merepek-repek je mengigau..siyes tak ada kaitan..

betul ke waktu mengigau bila kita tanya dia, dia jawab? magic sungguh! tapi rugi jugak tak tanya dia bila boleh jadi kaya, hehehe... sekali dia jawab takkan jadi sampai bila-bila.. naya jaaa.. hancus harapan. kui3

keesokan harinya... aku tanya kaklong hape kejadahnya ngigau lembu. ada biskut pulak bagai? 

lepas tu dia jawab.... 














hape benda tah dia jawab. lupa. 






sleep well people. takmo ngigau-ngigau okeh? tidur sopan-sopan. baca doa dulu. gabungkan kedua tapak tangan dan letak di telinga. owh.. typical gile asal nak tidur je kena buat macam tu. ahh.. lantak korang lah tidur macam mana pon. pedulik pulak haku. bhahaha..

bye.

till meet next entry.