Tuesday, 10 May 2011

Review Carutan Minah Bertudung Urban.

salam..

cuti ku yang indah telah diperkosa oleh sebuah medium yang telah disalahgunakan. tempat mengutuk orang dan aku tersangatlah nak letak cermin kat muka hamba Allah ni.  
wow.. cantik juga minah ni berbahasa, blog adalah medium menyatakan pendapat dan dia bahagia dengan pendapat dia. apa yang dia cakap semua betul. wohoo.. bravo bravo.. ehh.. dia bukan nak bagi pendapat la.. dia memang nak kutuk orang pakai tudung.. lupa.. sorry.. nanti kene tolol macam keldai pulak. 


Cik Lovesucks ni kata dia tak suka perempuan pakai tudung urban , dan dia nyatakan dengan cara penulisannya yang tersendiri. yelah, sekarang kan fashion macam-macam. sanggul unta, tudung hana tajima, aksesori tudung yang berat-berat tuhh. dia macam sakit mata lah tengok perempuan pakai tudung tapi macam tak tutup aurat.   rupanya dia sendiri tahu pasal aurat. kira dia masih tahu hukum tidak menutup aurat tu adalah haram. alhamdulillah.. 

tapi kan Cik Lovesucks, kalau nak kutuk jangan petik nama orang la even kau menyampah kat orang tu. muhasabah diri sendiri dulu okay. aku nak tengok entry kau tentang hukum free hair pulak. and apa kata letak gambar sendiri tak payah blur-blur kan mata. mesti dari komen 200 lebih, jadik 1000. kau kan suka straight to the point. :)

lama dah post dia ni. bulan April tak silap. aku sebagai seorang yang bertudung setuju dengan apa yang dia tulis tu tapi plissss la, where is your manner? but, what to say.. dia sendiri kata dia perempuan paling jahat kat dunia. and what?? jumpa kat neraka? 


fullamakkk.. gangster la lu minah. main gua-gua je beb. ko hado? 

Ya Allah... kalau la kau tahu macam mana dasyatnya neraka yang Allah cipta, pasti kau gerun nak cakap macam tu.

Sungguh besar kehinaan dan kecelakaan para penghuninya. Sungai neraka adalah darah dan nanah busuk yang menggelegak, minumannya adalah air yang mendidih, naungannya adalah awan hitam yang panas, anginnya adalah samum yang membawa hawa panas, makanannya adalah zaqqum yang jika setetesnya jatuh ke bumi, niscaya hancurlah dunia dan seisinya, bahan bakarnya adalah manusia dan batu api, panasnya membakar kulit hingga ke ulu hati, pakaiannya adalah baju ter yang membakar, kedalamannya sejauh batu yang diluncurkan selama 70 tahun. Suara neraka akan meraung geram kepada penghuninya. Mereka akan dibelenggu dengan rantai besi membara dan dipukul dengan palu godam, yang jika mengenai sebuah gunung niscaya gunung tesebut akan menjadi abu, wajah-wajah mereka diseret di atas bara api sedang tangan mereka terikat. Duhai . kecelakaan apalagi yang pedih besar dari itu semua. Ya Allah, sesungguhnya kami berlindung kepada-Mu dari siksa Jahannam . Amiin

sikit pon aku tak kisah apa kau nak cakap kat orang bertudung tapi see you in hell quite rude. kita perempuan. kalau kita tak suka cara orang tu, kita berubah la lebih baik supaya orang tu ikut cara kita. bukan caci or kutuk. orang makin benci dan kau tak ubah pape selain melempiaskan nafsu amarah kau tu. 

jom lah berubah kepada yang lebih baik. :)


till meet next entry.