Monday, 30 May 2011

Sampai sekarang aku tak tahu...

salam.

asal malam je idea aku mesti pasal tido ke, ngigau ke, atau sewaktu dengan nya. ini kisahnya, waktu aku darjah berapa tah. zaman tak berapa nak comel. mungkin darjah tiga atau empat..


aku ada minat sorang mamat ni kat sekolah.. perghhh macho beb. ada style. ketua pengawas pulak tu.. tapi kompemlah dia tak pandang aku pun sebab dia perasan hensem. haihh... aku ni kan kuat bermimpi orangnya. baru aku perasan aku selalu mimpi orang yang aku minat. sebab mungkin aku teringat kat dia sebelum tidur hingga terbawa-bawa ke alam maya. ecehhh...


jadinya, aku rasalah aku mimpi budak tu satu malam. bila aku bangun je, aku nampak adik aku dengan abah aku dok main bisik-bisik lepas tu gelakkan aku. aku tanya kenapa. dua-dua geleng. aku tanya lagi KENAPA? dua-dua gelak lagi. pelik ahhh diorang ni. aku sambung tidur ala-ala macam ni...


gempak tak aku tidur. siap terapung-apung bagai. ko hado??


pagi tu, aku tengok abah aku jeling adik aku, adik aku jeling abah balik pastu senyum pandang aku. haihh.. aku dah curiouusss tahap maksima dah ni. aku tanya kenapa lagi. sakit hati pulak kena gelak je. memang nak kena betul. haih =.='


last-last aku tanya 'kakngah mengigau ke malam tadi?' memang tu je yang aku dapat agak. terburai sudahnya gelak depa. hampehhh!! aku tak tahu lah apa aku buat malam tu. aku rasa aku menari cak lempong kot dengan ketua pengawas tu. ataupun aku merapu macam orang gila talak. muahaha.


aku rasa diorang pun tah hengat dah pasal ni. tapi yang penting aku ingat lagi aku celik malam tu tengok diorang gosip macam kepochi. hehe.. aku harap aku tak buat yang bukan-bukan. hehe


sampai sekarang aku tak tahu apa yang diorang tengok, atau dengar...


tersiksa batin dan jiwa raga. muahahaha


p/s: sekarang saya mimpi munzir je. sebab saya minat dia. tak tahulah dia minat saya ke tak.. sobsss


till meet next entry.