Wednesday, 11 May 2011

Suruh dia pegang stereng, jangan pegang tangan!

salam

hari ni baru terhegeh-hegeh nak daftar belajar memandu. tak faham betul, ada lesen L, lesen P, macam-macam huruf ada kat lesen tu. tapi aku tak ambil kisah itu semua. kang aku dah belajar kang, aku faham la kot?  =.='

cerita ni belum terjadi lagi tapi aku dah kena warning awal-awal.. ceyhh.. 

munzir: mintak orang yang ajar drive tu perempuan.

surina: boleh ke main mintak-mintak?

munzir: kalau lelaki yang ajar jalan lurus pun sibuk nak pegang stereng sebab yang belajar tu perempuan. cuba kalau lelaki? nak dia pegang? ena kan garang. marah je dia kalau dia pegang tangan, taw?  *emo tak pasal-pasal pulak dia ni.

surina: okay *jaga hati. cakap la jealous. ;p


rasanya sesetengah pengajar je kot yang macam tu. pantang tengok perempuan. tapi yang kena warning aku, bukan beliau dan beliau.. mengapakah?? hahaha..


tidak cukup dengan itu. aku dicabar dengan kereknya supaya dapat 50/50 untuk ujian komputer. mentang-mentang la dia dapat 49/50. perghhh.. boleh ke? posibility untuk dapat full mark tu aku confident jugak la dalam 70% tapi kalau dah dicabar... haihhh.. see the hand la beb.salah orang dia ni nak cabar-cabar orang.. *sekali tak dapat. buat malu je T_T

whatever it is, wish me luck okay. see u in the court, eh.. road! dan highway juga. hye makcik tol. wahahaha

till meet next entry.