Thursday, 19 May 2011

Tengok Depan Tak Ada Orang Sembahyang pon..?

salam,

aku singgah belog-belog follower aku tadi dan aku baca blog budak perempuan yang melekat lekit ni. comel lah kamu. haha. then, aku singgah la kat entry dia HANTU HOSPITAL.

tiba- tiba teringat kisah hantu time duduk asrama dulu. yelah, dah baca cerita hantu tak kan nak ingat kat Muhammad Asri Hishamudin atau Penulis Senja atau Mas Ahmad Safwan pulak kan?? hahaha.. *sorry petik nama korang! asyik nampak nama korang je lately ni.

sekadar gambar hiasan, pinjam kat uncle google

aku tak tahu la cerita ni cliche sangat ke apa, tapi waktu aku solat Isya' kat surau sekolah aku tu, adalah dalam lima enam orang sebab kitorang g melantak dulu baru nak solat. biasalah budak nakal.. orang suruh solat g curik-curik makan dulu

waktu aku tengah angkat takbir tu, aku dengar ada orang mengaji kat depan, bahagian lelaki . bulu roma dah meremang. sebab aku tak khuyuk, aku start balik. tapi aku sempat la tinjau kat depan tak ada sesiapa. time tu dalam pukul 10 malam semua dah pergi prep. 

aku tengok kawan-kawan aku macam cepat-cepat je habiskan solat diorang. muka semua nak stok pucat je. aku tak start lagi. dengan pakai telekung dah ala-ala Hantu Mak Limah aku sound je diorang.

''yang korang solat cepat-cepat ni nape? korang dengar jugak ke ada orang mengaji?"

mulut memang tak reti jaga betul lah surina ni. dah tak pasal-pasal diorang batalkan solat cepat-cepat keluar surau. ingat balik macam kelakar tapi siyes takut beb. seram je waktu tu tapi semua tak la celupar cam mulut aku. huru -hara gak surau tu aku buat. kira memang semua dengar la, bukan aku sorang je. hehe.. 

time semua pakai selipar dan tunggu aku kat luar surau, aku tak puas hati, aku tinjau balik kat saf lelaki. aku selak la tirai yang memisahkan saf perempuan dengan lelaki. aku ingat lagi tirai tu warna hijau cair. okay, tak ada kena mengena. aku skodeng kiri, skodeng kanan, tak ada sesiapa. tapi aku cam kompom gile ada orang mengaji tadi. kawan-kawan aku dah sibuk panggil-panggil aku kat luar suruh cepat. haih , tak nampak ke aku tengah nak siasat ni =.='

lepas dah make sure tak ada orang, aku pusing la belakang tapi.... aku tak boleh bergerak. macam ada orang tarik telekung aku.  siapa tarik telekung aku weyh...??!! aku dah pejam mata dok kumat kamit istighfar..

aku beranikan diri pandang belakang...

aku toleh slow-slow...

kain telekung aku tersangkut kat bidai! kuang hajo punya bidai, nasib baek aku tak ada sakit jantung kau tahu tak?! menyumpah-nyumpah aku kat situ.but still.. aku dengar orang mengaji.  aku tarik telekung aku cepat-cepat.. apa lagi... lintang pukang kitorang balik asrama. yang penting orang yang lari paling laju mestilah aku.. hikhikhik


haa.. yang comel tu aku, yang nangis kat belakang tu kawan aku. bhahaha.. 

cam sengal kan?
ustaz aku kata, biasalah tu jin, tumpang solat. hadoi, dia boleh rilek je jawab macam tu. tapi betul lah kot, suara pon lain macam je. nak kata sura laki bukan, nak kata suara perempuan pon bukan. entah lah..

that was my experience. what yours?

till meet next entry.