Monday, 27 June 2011

Aku curang.

salam. 

aku bukan sengaja nak curang. sebab kadang-kadang aku selesa dengan apa yang aku buat. kalau aku nak dia, aku pergi kat dia. kalau tak, aku pergi kat orang lain. 


tapi kalau aku cakap macam ni kat orang memang free-free aku dapat cop perempuan yang tak setia. hehe.. aku ambil course QUANTITATIVE SCIENCE kat UiTM Melaka dulu. tapi perangai aku tak seghupa budak math. muahaha. kalau orang teka aku course apa, mesti diorang dengan yakin cakap aku MASSCOMM. what the heck? haha..


budak math selalunya diklasifikasikan sebagai budak yang nerd. baca buku doploh pat jam. spec tebal tak hengat. anyway, aku memang pakai spec pun. masscommer pulak selalu di diskriminasikan sebagai budak sosial. buruk pandangan orang kat budak masscomm. masscommer sendiri pun tak nafikan. with big but here.. bukan semua. dan aku tak kisah pun orang nak cakap apa. aku bercampur dengan semua orang! :)



aku pakai baju masscomm




  aku ikut semua event masscomm. 





  • dan aku jumpa ramai retis. hahaha..








orang kata ambil sebanyak mungkin pengalaman. bercampur dengan semua orang. kenal perangai orang. tahu macam mana nak berhadapan dengan orang yang perangai nya macam ini, macam tu. 


alhamdulillah la.. so far, aku suka apa yang aku lalui sepanjang diploma aku. dan aku sayang course aku. aku suka jadi budak math. tapi aku tak kisah pun orang nak kata aku budak masscomm. sama je. hahaha. 





p/s: curang course kadang-kadang tak apa, curang boyfriend jangan sekali. muahaha.. 

berkali-kali pun jangan okay.