Thursday, 9 June 2011

Belum Tersirat Di Dalam Adat, Bunga Keluar Mencari Kumbang.

salam



Belum tersirat dalam hikayat,
Ayam keluar mencari musang,
Belum tersirat di dalam adat,
Bunga keluar mencari kumbang



sounds familiar? ni one of the pantun dalam lagu Dato' Siti Nurhaliza. (aku terpaksa layan lagu-lagu macam ni since my sis suka buka like 24/7. arrghh! ) tapi bila dengar pantun ni macam terfikir something pulak.



betul ke sekarang tak ada bunga mencari kumbang? FYI, bunga tu represent perempuan and kumbang represent lelaki. manalah tahu kot-kot ada yang pending. lepas tu sound aku 'memang lah tak ada bunga cari kumbang. bunga mana boleh bergerak' adeh! =.='


nowadays, macam dah ramai je perempuan yang cari lelaki? ada yang sampai tarik-tarik rambut, gaduh, berbunuhan sebab nak lelaki yang sama. oh come on lah! kumbang bukan seekor der... berekor-berekor.



kenapa yep? bukankah telah diciptakan manusia itu berpasang-pasangan. kalau bukan ditakdirkan jodoh kita dengan dia nak buat macam mana walaupun bercinta bagai nak rak. tapi kalau dah dijodohkan pula, buatlah macam mana pun, lari ke selatan afrika ke, sorok belakang bakul sampah ke, still dengan dia juga. :)


perempuan sekarang dah lain dengan perempuan dulu-dulu. dulu makbapak yang carikan jodoh. dah nak kahwin baru nampak muka laki. sekarang tak payah nak suruh cari, budak darjah pun dah ada pakwe tahu? ko hado? muahaha..


berbalik kepada pantun tu, mungkin betul sebab dia cerita dalam adat. adat kita lelaki yang meminang perempuan. lelaki yang merisik perempuan. adat dengan agama lain okay. so, perempuan yang cari lelaki tu tak ikut adat ke? melanggar adat ke? apa hukum langgar adat? repeat, adat dengan agama lain. langgar perintah agama yes berdosa hukumnya.


perigi cari timba.

''haa.. kau tengok anak peah tu, ada ke patut jadi perigi cari timba.. buat malu makbapak je''  mak senah kalau dah gosip cenggitu le... hehe.. tapi kang kalau tak cari kang jadi andartu pulak anak peah tu. biorkan lah dia. dah kawin dah pun.

mentaliti orang terhadap perempuan yang cari lelaki bagaikan hina. ada lagi ke orang yang fikir macam tu sekarang?  aku rasa sesetengah masyarakat je kot sebab peredaran zaman membuat manusia berfikiran secara lebih terbuka. tapi terbuka pun biarlah ke arah mencari pasangan yang berjanji sehidup semati, bukan hanya pasangan tidur. 
 kan? 

jom layan dato' siti waktu muda-muda. hehe (karaoke version.. melalak la korang)

till meet next entry.