Thursday, 23 June 2011

Blog Semakin Harum Mewangi

salam.


makanya setiap kali aku buka belog sendiri dan baca macam bukan aku yang tulis, aku mendapati blog aku semakin harum mewangi. aww!


bukan apa, aku ada letak air freshener kat atas tuh kalau korang perasan. tiap kali korang masuk korang dok sembur-sembur febreze, air wick, little tree, DKNY botol epal hijau pon ada engkau nyahhh... *betapa busuknya blog sehinggakan perlu jenama mahal. sobsss.. T_T


kalau ada lima belas orang singgah, tak ke lima belas jenama bercampur aduk? ada yang sembur ridsect tak boley bla...


terima kasihlah kepada yang sudi chat kat shoutbox tu jugak sebab aku baru letak dalam tiga hari macam tu kot? entah tak hingat pula beta. oleh kerana kome-kome semua letak link kat shoutbox aku tu, aku dengan otomatis singgah dah letak jejak balik (ada yang aku terus follow) kat blog korang.. grantis banget deyhhh!!


*berhenti taip lima minit. mak baru balik kerja


okay sambung, lepas tu aku dah upgrade aku punya blog list. semua blog yang aku follow baru update akan keluar secara terkejut di tepi sana nun. hikhikhik.. kengkadang tak payah tengok dashboard. boleh lah cek kalau blog korang ada ke tak. kalau tak ada bagitahu beta. hehe..


oh yee.. ada berita gumbira. aku dah dapat kerja jadi data entry kat Umobile di time square. terima kasih sebab aku dah tak tanam anggur lagi dah. sesiapa yang free tu jom lah lunch sama-sama waktu lunch hour. perempuan sahaja okay. nanti munzir jealous pulak aku nak jawab apa. 


terima kasih korang lagi sebab buat hari saya senyum. letak lah link korang kat comment box supaya saya boleh follow okay?





p/s: saya follow blog yang SIMPLE, KEMAS, TAK BANYAK WIDGET, TULISAN SENANG NAK BACA, dan yang selalu singgah blog busuk ni. :)



you guys such an inspiration



till meet next entry.