Friday, 17 June 2011

Cerita Melayu Tak Layak Dipuji?

salam.

fulamak.. cerita melayu kalau hebat sikit puji nak menggunung. dapat bakar kereta satu dua kira tepuk berdiri la. cuba kalau cerita omputih. drama biasa pun standard cerita hebat kita. apa yang kita expect untuk negara yang sedang membangun ni? kita perlu menyokong setiap apa pun kemajuan dan perkembangan orang melayu. ini tidak, nak bandingkan dengan cerita orang kafir. memang tak dapat lah.. belum sampai tahap lagi. 


ketika orang lain sedang cuba menjadi yang terbaik, kita mengutuk sedangkan diri sendiri hendak ke tahap itu pun belum tentu boleh. duit mencuba diorang dah berjuta dalam poket. kita yang mengutuk? tambah saham sebab menjatuhkan bangsa sendiri. ehh.. lu fikir la sendiri derr...


halamak aihh.. main wa lu je sekarang. semalam tengok KL GANGSTER, untuk cerita melayu memang terbaik lah! siyes aku puji sebab moral yang dia tunjukkan. kekeluargaan, friendship, dan badan yang six packs. muahaha.. adik beradik gaduh sebab duit weyhh.. nauzubillah 



review aku untuk cerita ni memang tak bosan dari awal sampai akhir. lagipun aku masuk pakai student price. kira tak membazir lah duit aku. 


zizan tak boleh bla weyhh.. orang dah habis lawan baru nak tunjuk gangster. pecah perut aku. tengok lah tak rugi. tapi untuk yang berminat jelah. siapa yang tak labur duit untuk cerita melayu, tunggu jelah keluar kat tv raya nanti. itu pun kalau ada. entah-entah raya tahun depan. tak tengok pun tak apa kot. tak ada siapa paksa. :)


diorang punya lawan-lawan pun nampak real je. main hentak je kepala anak orang. sekeh kang tahulah! perempuan cun-cun memang tak hado. salah wayang. ada 2 orang je. mak dengan adik Malek (Aaron Aziz) tu je. 


tapi, aku cadangkan Syamsul Yusof mengarah jelah. dia tak ada bakat nak jadik gangster. kihkihkih.. lu gua dia tak berapa nak jadi. orang lain memang hebak.. macam gangster betul pun ada. baru pasan last-last apek dalam JUVANA pun one of the gangster jugak.


tengok dengan naim ada perasaan sikit. tengok dengan budak lelaki tak ada perasaan. sibuk dengan sejuk dia, cehh!


lepas dah tengok gangster, posing perlulah seghupa gangster jugak. 

hoi! sopan sikit berdiri tuh!


p/s: kadang-kadang diri sendiri kutuk juga cerita melayu sebab tah apa-apa. publisiti bukan main, tapi cerita hammpphh.. 



till meet next entry