Friday, 24 June 2011

Kisah Pencuri Hodoh (Bahagian 2)

salam.

first of all, credit to NISA KAY sebab traffic untuk entry VLOG bersama NISA KAY melonjak-lonjak pula naik hari ni. tengok lah makcik korang tu makeover tak hengat. haha..



okay, ni gempak nih.. gempak nihhhhh!! *menjerit kegilaan. 


tadi aku, kakak aku (kaklong), adik aku (dekja) pergi K.L untuk pergi Pameran Pengantin dan GLC Open Fair. tapi itu cerita next entry. korang hingat tak aku penah cerita yang aku handphone aku kena curi dengan pencuri hodoh? aku tak tahu pula hari ni ada bahagian dua.


sebab... aku jumpa pencuri hodoh tu kat SOGO. arrgghhh!! AKU INGAT KAU DAH MATI! kaklong aku nampak dulu. kitorang baru nak naik tangga, pencuri hodoh tu dah ada kat atas. kaklong terus panik dan cakap kat aku..



kaklong: dekna.. atas tu NAZURI la.
aku: ha'ah la.. (aku pandang atas, serentak tu pencuri hodoh pandang aku)
kaklong: apa nak buat nih... 
dekja: call polis, telefon pakcik didie, kejar dia.


deyy... mana satu nak buat daa... pakcik didie tu kerja area situ. tapi nombor hape pun tak simpan sebab phone baru. apa lagi... kitorang kejar beb!! aku rasa lah kan, dia ni ada ilmu menghilangkan diri. last aku nampak dia buat-buat angkat call.. lepas tu dia jalan laju. hilang cenggitu je?


tak putus asa.. cari lagi sampai kena ngorat pun buat tak layan je *gila annoying statement.. tapi ni betul beb.. aku dengan wedges aku pergi lari-lari cari jugak. dok kepal-kepal penumbuk je time cari tu. bajet kalau dapat memang aim muka je.


dekja: kalau kita dapat dia.. kita kepung. kakngah tumbuk muka dia. kita tendang kote dia. kaklong jerit cakap ada orang rogol! mesti drama gila. *muka ganas. 


perrghh... sakitnya hati. aku ingat kau dah mampos. dah tua-tua menipu orang lagi. Malaysia ni kecil jelah. hari ni kau dapat lari. esok lusa aku jumpa kau. tak sempat kau nak mengucap. dendam sungguh aku! 


kepada pencuri hodoh yang masih lagi hodoh, tolong lah.. bawak-bawaklah insaf. walaupun aku benci kau, aku harap kau bertaubat. bagi anak bini makan makanan haram buat apa. cis!



dah la, makin banyak aku taip, makin banyak pulak aku mencarut. 
(hipotesis hari ini)


ni muka yang nak kejar puncuri? memang tak ar... ;p




till meet next entry.