Thursday, 2 June 2011

Perangai Budak Sekolah Sekarang Yang Tah Pape!

salam,

i'm used to be a kiddo several years ago. kiddo at least for me 'budak sekolah' of course... aku tak berapa nak faham perangai budak sekolah sekarang, even though bukan semua, tapi majoriti yang aku nampak teruk sangat perangai, macam-macam hal. dok la diam-diam dalam kelas belajar. cikgu tak ada baca buku, nak PMR ,nak SPM...


tu yang tengah buat hal sekarang si blogger perempuan yang katanya tak ada dara lagi tu. malas nak link kan sebab famous pulak dia dengan perangai macam tu. (bajet ramai la baca blog ni.. podah! ) aduhai, fuhh.. tarik nafas nak cakap pasal budak ni. dah ramai sangat yang tegur dia dalam blog. at least we can do something to stop her even i notice dia tak kisah langsung pun apa kakak abang dia cakap. 

baru tingkatan dua tu dah main ni lah, main tu lah.. bangga pulak. aku tingkatan dua nerd gila. muahahaha.. and i'm proud to be nerd anyway. dik, akak cabar kau lah yang belum lepas pun PMR ni kan, dapat straight A's okay?


dan budak ini pun berkata, 'baik kakak, saya akan belajar bersungguh-sungguh. apa barang boyfren2 ni kan kak'

'owh, sungguh betul itu adik. bagus, ini lah semangat yang kita carik. jangan lupa bertaubat, jaga maruah diri yang insyaAllah ada lagi sikit tu ye dik. takmo dah pakai baju tidur keluar rumah, sebab deodoren adik tu macam dah habis dah akak tengok'

'owh ye kak, saya dah insaf, terima kasih kak. tolong ajar saya Math. saya ni pandai subjek lelaki je'


muahahahaha... kalau betul lah budak ni cakap macam ni, aku terbang la pergi rumah dia ajar math. hehe.. kita pangkat2 akak ni dapat tegur jelah. nak juga baca entry dia bertajuk ' YEAY, SAYA DIPUJI CIKGU LAGI KERANA DAPAT A' (tajuk macam nak show off gile.. haha) but i guess better lagi dari dia show off dia tak ada dara. kan? peace. 




habis tentang dia, semalam aku naik bas pergi K.L. tengah cuti sekolah kan. dari pengamatan aku, belakang kitorang tu budak sekolah la, dalam form-form lagi. mak aihh... cakap macam satu bas nak dengar cerita dia. sebab apa tahu? sebab diorang dalam group, cakap macam nak samseng. cuba kalau sorang-sorang, kompem sopan. dah la bukak lagu Bruno Mars. marah sungguh aku!! 
memekak je cerita sal mamat ni lah, mamat tu lah. cakap stok-stok macam ni.

'aku menyampah tengok dia dowwwhhhh. dia ingat dia cute ke? dengan minah bajet howwtt tu boleh la dia kencinggg.'

eh, budak.. aku tak peduli lah. kawan kau tu pekak ke hape sampai orang depan sekali  dengar kau tak suka mamat tu? haih =.='



tu belum lagi remaja sekolah yang rosak, hisap rokok, meraba-raba dalam kelas, give fingers to public and post, gaduh tarik rambut, buli, tidur kat perhimpunan.. (eh, itu macam perangai aku?) what la??! 

masuk la kadet, lumba lari, biar famous masuk paper dengan mengharumkan nama sekolah, bukan conteng arang kat muka emakbapak. sedih mak ayah korang tahu. 

blogger budak sekolah pun banyak cerita cinta, boyfren. kau tu sekolah lagi lah. can you focus on your study? dah kerja ke nanti, bercinta lah macam nak rak, kahwin! tapi.. korang bukan peduli pun apa kakak kau tulis ni. jiwa muda la katakan.. aku pun muda lagi apa? hehe..  

tegur kerana sayang. luluh hati tengok remaja sekolah awal-awal dah rosak.

dah la, penat membebel.

till meet next entry.