Wednesday, 29 June 2011

Strategi nak naik bas awam.

salam.


wah. sudah bekerjaya sudah aku ni. turun naik opis. hamboih.. hamboihh.. tapi yang tak best kena naik public transport. aku kerja kat times square tu tengok orang kayes-kayes semua berhantar berjemput. jeolous mak nok! tak apalah, dapat jugak cuci mata pakwe-pakwe kaya ye dak? tapi semua perut boroi je? T__T


sesungguhnya aku telah topap kat rabbit aku dengan banyak sekali supaya memudahkan perjalanan aku tak payah topap seribu kali. bip sana, bip sini ala-ala touch 'n' go. bersengkang mata aku naik bas mamai-mamai sebab bangun awal. tapi nak pergi kerja tak ada masalah. bas kosong. boleh lah aku bantai tidur balik sebab perjalanan dalam satu jam jugak lah.




yang tak best bila nak balik. pergghh. sesak ya ampun dalam bas tu macam-macam bangsa dan warganegara ada. dah la cakap bahasa congceng-congceng. sakit telinga aku. di situlah kita perlukan earphone. sumbat je kat telinga, lepas tu nyanyi kuat-kuat. padan muka kau kena dengar suara aku pulak. bhahaha..

sudah tu, kena berdiri pula. yeah, ini lah strateginya! kerusi ada berapa kerat je.. berebut pulak dengan orang-orang yang sanggup bermarathon ke pintu bas semata-mata nak dapat duduk. memang berdiri jelah sepanjang jalan. aku asyik ushar je mana tahu ada kosong kan. aku pelik apasal semua orang masuk terus ke belakang. 


sebab belakang tu je ada sit. diorang pegang kerusi tu so kalau yang duduk tu dah nak turun, cepat-cepat lah duduk. owhhh.. macam itu ye. tak boleh jadi. aku kena mengaplikasikan daya pemerhatian aku. aku pergi belakang, aku aim satu kerusi, aku pegang je kerusi tu sampai minah tu turun. akhirnya aku dapat duduk. kihkihkih... 


tapi tak lama sebab kesian pulak kat makcik-makcik yang penat baru balik kerja. aku dah la tak boleh tengok orang macam tu. hati nuraniku tersentuh. sobss..


p/s: kesian orang yang bermarathon tu kejar pintu bas. last-last bas berhenti betul-betul depan aku. aku naik dulu. wek!! 



tiba-tiba,




korang! nak bergaya dengan maxi skirt tak??!



till meet next entry.