Friday, 17 June 2011

Telur Kasi Goyang !!

salam.

dulu-dulu waktu diploma anak dara taman dimensi ni pemaleh nak masak dinner! *point kat budak rumah.  muahaha


jadi, kitorang selalu lepak kat STARBUCK. starbuck lah sangat kan... padahal kedai makan biasa je duduk ramai-ramai tengok bola atau maharaja lawak. diorang panggil starbuck sebab buat assignment, online kat situ sampai kedai tutup. aku rasa cenggitu la ceritanya.. 


aku hangin betul time last aku makan kat situ waktu nak bye-bye melaka, abang starbuck tak bagi aku telur goyang. terbaik tuh telur goyang dia. haishh.. kawan aku siap suruh aku redha, sabar..hadap je apa yang ada surina. mungkin bukan rezeki kau. cis!


jadinya, dua hari lepas aku berpeluang lagi makan kat situ..


aku : nasi lemak satu. bang, kali ni telur kasi goyang betul. dah la hari tu tak dapat. 
abang starbuck : eh, kamu ada lagi kat sini. sangkut ke?
aku : cakap elok sikit bang.. saya saja datang nak makan sini lagi. kang abang rindu pulak. wahaha
abang starbuck : eleh, yeke tak sangkut...


ada jugak yang kena dengan aku ni kang.. 


fuhh.. tapi puas hati. dapat jugak nasi lemak telur goyang. yeay!



fariq : surina.. kasi goyang sikit!!
aku : ko goyang la sendiri.. *malas nak layan lelaki double meaning macam fariq. sengal dia tuh!


dan.. perlulah beserta teh ais limau terbaik dari ladang. semuanya empat hengget je. :)



sambal pun terbaik. ishh.. cukup sifat lah orang kata. abang starbuck, ini sudah di kira promosi. bak royalti! 


p/s: sebenarnya kitorang panggil abg starbuck tu abg bruno mars. tapi disebabkan munzir anti bruno, aku terpaksa buat penyamaran. T_T


till meet next entry