Friday, 22 July 2011

Bestfriend kita adalah diri kita sendiri.

salam.


betul ke? bestfriend kita bukan ke yang kita selalu ceritakan susah senang kita, suka duka kita, yang kita dapat peluk kalau sedih atau terlalu gembira, dan dapat dengar segala masalah kita?


betul.. betul. itu bestfriend kita. 10 markah!! tidak dinafikan lagi. kawan dunia akhirat tu. alhamdulillah sesiapa yang miliki kawan sebaik itu.



tapi....


bestfriend kita pun ada kehidupan sendiri, ada masalah sendiri, ada perkara yang lebih penting untuk dia fikir selain berada disisi kita. suatu masa nanti masing-masing akan berkahwin, have our own family to share with. not you anymore. realize tak?




aku termenung dalam bas waktu balik dari kerja. aku baru kena marah dengan bos. aku baru lepas kena marah dengan customer. aku buat kerja ada yang salah, dan paling tak boleh bla sekali aku baru jatuh dalam bas. arghh! malu siot! *but dont worry, aku berjaya cover cun.  T__T


dengan siapa aku nak cerita waktu tu? aku rasa down, apa aku buat semua salah. petang tu terasa suram. sepatutnya dalam bas aku dah bantai tidur dah. tapi disebabkan that was not my day, aku mengelamun tak boleh tidur. macam mana aku nak gembirakan diri aku semula? aku tengok phone. no one call to ask my day. munzir confirm call malam, petang adalah waktu riadah dia. i need someone.


lalu aku tengok sekeliling.....


aku nampak ada kakak baca novel,
ada makcik tengah bantai tidur,
ada pakcik botak tengah baca surat khabar,
ada budak kecik tengah terjerit-jerit histeria,
ada wanita India tengah berdiri pegang handphone,
dan ramai lagi dengan macam-macam peel sorang-sorang. 


aku tersenyum...


aku agak ada orang yang lagi teruk harinya dari aku dalam bas tu. cuma aku tak tahu siapa. 


mungkin kakak yang baca novel tu, dia baru lepas gaduh dengan boyfriend so dia baca novel sebab dia rasa watak hero dalam novel tu lagi best dari boyfriend dia.


mungkin makcik yang tengah bantai tidur tu, sebab dia tak cukup tidur malam tadi layan kerenah anak dan suami.


mungkin pakcik botak yang tengah baca suratkhabar tu, sebab loteri yang dia beli semalam tak menang-menang. dah la tengah sembelit. malang sungguh.


mungkin budak kecik yang terjerit-jerit histeria tu, sebab dia mintak mainan kat mak dia tapi mak dia buat bodoh je dengan permintaan dia.


mungkin juga wanita India yang tengah pegang handphone tu, sebab dia tunggu husband dia call nak jemput dia kat batu 11. kang siapa nak ambil dia kalau husband dia tak jemput?


dan kulihat sorang-sorang dengan masalah sendiri.




aku apa? cuma masalah kerja.


siapa lagi yang dapat tolong diri kita untuk tidak menyerabutkan kepala hotak?? kita sendiri. YES, MY BESTFRIEND IS MYSELF.  do control your mindset that everything will be fine. masalah itu cuma sebahagian dari pengalaman hidup. orang yang tiada masalah adalah orang yang tidak matang.
BELIEVE ME.




p/s: nasib munzir kena dengan aku membebel malam-malam. KehKehKeh


love,
SURINA.