Tuesday, 12 July 2011

Chef Munzir dan Pengatnya.

salam.


dan selamat sejahtera kepada pembaca setia, pembaca tak setia, pembaca kurang setia, dan pembaca yang baru nak setia. SELAMAT DATANG ke blog Suriz. wah.. baru dengar nama Suriz ni. kesian team ni dah lama terabai kerana ahli-ahli nya jauh. 



jadi, pada minggu lepas, sempat la reunion sekejap team yang dah lama ni tak bergabung ni. sebab tu dapat buat aktiviti yang tak berapa nak pekdah dengan yang berpekdah seperti mencuba resipi pengat pisang khas dari bakal ibu mertuaku. ecehhhh... perasan sudah. ;p




munzir: ena, jom pergi beli pisang. buat pengat.
surina : mana reti.
munzir: kita buat la sama-sama. kita kan team. :)
surina : *tersipu-sipu.



tiba-tiba adik aku.


dekja : kita taknak kakngah buat, kita nak mun je buat. 



kurang asam punya budak!! baru nak tunjuk betapa eratnya kerjasama kami. tapi aku tolong juga. walaupun banyak pandang dari jauh.


senang je kot? resipinya..



 pisang tanduk



 susu cair ganti santan.


 sagu


dan gula suka hati kau nak letak berapa banyak kau nak. sesedap rasa tekak masing-masing.


see, itu dia. aku tolong potong je. orang suruh potong kecik-kecik. tapi dasar mulut besar, dia degil nak potong besar jugak. last-last semua potong lagi separuh sebab besar sangat. hehehe. aku menang yeah!







rebus pisang dengan memasukkan air secukupnya dalam periuk.


dah menggelegak , pisang tu cantik je kuning dia letak gula pulak. ibu dia kata buat macam tu baru pisang tak keras. ehh jap, yeke.. aku lupa la.. hehehe... ;p rasanya cenggitu..


  letak sagu, letak susu cair.


kacau sambil nyanyi-nyanyi..



kita harus melihat dari jauh sahaja ye. dan muka yang masak perlu tekun dan serius macam ni. nerves lah tu nak serve kat keluarga aku. bhahaha.


siap sudah dan hasilnya.. habis bermangkuk-mangkuk.



senangkan? bajet tidak sampai rm20 tapi boleh serve kat ramai orang. terbaik lah cik abang!  bertuah badan. kalau aku malas masak boleh la pass kat dia ek? hehehe.. bagus..bagus.



err... lepastu kan...




aku lupa nak tutup api.





pengat jadi hangit. FRUST! kemain jenuh aku nak pujuk dia balik sebab banyak lagi kot? aku down giler sebab first time dia buat aku rosakkan. aku tak sengaja. betol... sobsss...


kesian dia. tapi datang superhero menyelamatkan keadaan.

hahaha. style tak gaya dia? ;p dia alter balik pengat hangit yang aku buat tu. habis jugak satu periuk besar tersebut. barulah kami tersenyum semula.


nenek kata biasalah mesti ada silap mana-mana. tapi yang buat silap tu aku. hadoi. padan muka aku semua salahkan aku. mak aku siap kata macam ni.



emak : pengat dah sedap, tapi yang buat hangit tu ahli team lagi sorang.


berlari-lari anak aku ke dapur menangis. tak pasal-pasal munzir kena pujuk. bhahaha.. bagus jugak kan? ;p




licin habis. terima kasih sayang. sila buat lagi and i promise to not ruin up your pengat. masaklah stik ke hape pulak ke lepas ni. KehKehKeh



sekian terima kasih. itu sahaja resipi hari ini.




:)