Sunday, 17 July 2011

Ciri-Ciri Blog yang aku tak suka nak baca.

salam.



baru lepas attending mesyuarat koperasi keluarga. semoga untung mencurah-curah ke ladang gandum. amin. :)




lepas itu blogwalking kerana panas nak tidur petang-petang macam ni. lagipun tak baik tidur petang. kan? lempang diri sendiri yang kadangkala tidur petang juga.





jadinya, dapat kusimpulkan disini ada beberapa perkara yang tidak berapa sependapat dengan blogger-blogger lain. atau ada yang sama? tapi tak kisah pun. kadang-kadang taste kita tak sama ye dak?


  • blog yang tulisan sangat kecil dan di highlight semua. bapak aihh.. pening kepala aku. lantas ku ambil magnifier glass untuk baca. gigih tak? plus kombinasi warna yang wowww!!
contoh:

pada suatu petang yang damai, aku pergi berlari-lari di atas titi lalu jatuh.




  • blog yang menceritakan betapa dia mencintai boyfriend atau girlfriend dia. mula-mula kita baca 'ehh.. sweetnya diorang ni' *malah cemburu menguasai. tapi bila dah limaplohenam entry straight cakap pasal itu je? tang budak sekolah couple paling tak boleh bla.
contoh:

i luv u bie. kenapa bie tak kol mama lagi? dah lama kita tak jumpa. last pagi tadi lepas subuh. ma rindu bie. semalam bie kiss p.p ma. sweet sgt masa tu.


apa pon tak boleh! bhahaha.. sekeh sorang-sorang tahulah. main kiss pulak. dah kiss nak mention. cet!




  • blog yang hampir semua perkataan di short-form kan. kadang-kadang cerita best nak baca tapi meluat.  rosak bahasa aku. 
contoh:

apew pn lps nie, saia kne ubh dier jdik lbey baek. saie taw i2 adalha matlamat saia.


deyy? aku kena bukak kamus balik ni. sobsss


  • blog yang buat contest/giveaway/whatsoever yang suruh follow tapi tak update tentang contest/giveaway/whatsoever sampai ramai yang bising. padahal contest/giveaway/whatsoever sudah lama berlalu pergi. pandai-pandailah jaga hati follower kamu.



haa.. ada yang sama dengan aku tak? kalau ada please bagi link kat comment box. NAK FOLLOW! wehuu~





p/s: benda alah gergasi nganga mulut tak pernah tutup ni hape? ramai noo yang addict?

gergasi mulut nganga tak pernah tutup juga pening siapakah dirinya yang sebenar. muahahaha.




till meet next entry.