Thursday, 14 July 2011

HOW TO: Hilangkan rasa benci?

salam.




ni boleh tak di kira sebagai spontaneous thursday aku? sebab aku baru terfikir pagi tadi.




oh wahai reader semua. ini bukan tips bagaimana nak hilangkan rasa benci tetapi ini adalah soalan untuk kamu semua. tolong jawab please.





meh nak storry morry naik lorry dulu..





ketika sedang berjalan lenggang kangkung ke stesen bas, aku terserempak dengan ustaz sekolah agama yang aku paling menyampah bertahun lamanya pagi tadi. dia sedang menguruskan anak-anak dia ke sekolah. aku perasan dia dulu. lepas tu dia pandang aku pulak. dia memang cam aku sebab aku murid yang dia paling anti sekali  waktu sekolah dulu.




almaklumlah pelajar degil, suka melawan cakap dia. tapi korang, aku lawan cakap dia sorang je. ustazah ustaz lain sayang giler kat aku kot? aku pon sayang kat semua ustazah ustaz aku yang lain. aku tak tahu kenapa aku sangat sangat dan tersangatlah menyampah dengan ustaz yang sorang ni. sampai sekarang! and FYI, adik aku pun tak suka dia. sebab kitorang satu sekolah kompem la aku hasut adik aku supaya sama-sama benci dia. oh kakak mithali memang cenggitu. T__T




thank encik google. macam lebih kurang pulak muka dia. ;p




sebab-sebab kenapa aku tak suka dia.

  • first masuk dah berlagak.
  • dia ajar bahasa arab tapi arab dia pun tunggang langgang.
  • dia pernah rotan aku.
  • dia kata aku hasut kawan lain pergi keluar sekolah.
  • dia kata aku punya nombor 9 dalam bahasa arab salah. padahal betul je?
  • dia suka pakai baju nipis.
  • pilih kasih.
  • kelas dia mengantuk.
  • dia reka lagu sekolah tak sedap.
  • kereta dia busuk.
  • oleh kerana dia satu-satu ustaz masa tu, dia dipilih menjadi guru besar. what la?
  • dia anti aku, so.. aku pon anti dia.
  • dan banyak lagi...






fine, aku jahat. aku tahu. sebab tu aku nak korang nasihat aku supaya jadi lebih baik. supaya tak benci dia lagi. dah bertahun weyh... aku gagal bahasa arab sebab aku rasa tak berkat aku belajar dengan dia. start dia masuk, pelajaran aku merosot. darjah 1, 2, 3.. nama aku selalu diumumkan pelajar terbaik setiap tahun.




tapi sejak dia ada, nama aku sudah tidak lagi kedengaran di majlis penyampaian hadiah. T__T




tragis tak tragis? betapa benci nya aku kat dia. geng aku pun anti dia. dan dia seakan berpuas hati dengan zaman keruntuhan aku.




pejabat dia aku panggil pondok. dia pernah masuk kat kelas akhlak aku panggil aku suruh masuk pondok dia. dia ada hal sikit nak bincang dengan aku. muka kerek gila. dia pon jalan semula sambil membebel tentang kesalahan aku ke pondok dia, dia ingat aku ikut dia dari belakang. tapi malangnya, aku tiada di belakang. dia cakap sorang-sorang. semua orang gelakkan dia. kesian pulak kalau ingat balik.





sampai di ''office'' dia, aku dirotan sebab malukan dia.




jadi, lepas pagi tadi aku terserempak dengan dia. i talk to my self, i have to change my mind set. aku tak boleh terus-terusan benci kat dia. apa sahaja salah dia kat aku, aku cuba maafkan. salah aku kat dia? entah.. dia dengan Allah sahaja tahu. yelahh.. sebelum mati kita kena bermaafan sesama manusia. kang aku jadik pocong pulak mintak maaf kat depan rumah dia. tak ke pengsan si orang tua itu. sobsss...





dia dah tua dah aku tengok. sampai bila aku nak berdendam dengan dia. sebesar-besar kesalahan dia kat aku, aku kena cuba maafkan. tapi kenapa hati berat sangat..





kenapa ye? ceciter sikit. nasihat sikit aku ni dah kenapa?




terima kasih.



komen anda sangat dialu-alukan.