Wednesday, 20 July 2011

Mat Jenin dah kaya kalau dia tak jatuh pokok!

salam.


siapa tak tahu lagi kisah mat jenin? tak tahu lagi? GOOGLE sudahhh... 

kesian dia baru berangan nak jadi kaya raya dengan hanya sebiji telur tak kesampaian.




wahai sekalian makhluk!!! tahukah anda bahawa...

ANGAN-ANGAN MAT JENIN TELAH DIAPLIKASIKAN DALAM HIDUP JUTAWAN-JUTAWAN KAT DUNIA.


kisah apa yang telah mencetuskan idea bahawa perniagaan dari sekecil-kecil benda seperti telur boleh berkembang menjadi perniagaan yang besar??? KISAH MAT JENIN. walau kisahnya dijadikan kisah dongeng orang dulu-dulu. pemikiran jauhnya telah membuka mata semua orang bahawa setiap benda itu tidak mustahil. ASALKAN KITA BERUSAHA!!


hebat tak hebat mat jenin ni? kita gelak-gelakkan dia sebab hanya tahu berangan. dan kerana angan-angan dia jatuh pokok kelapa. dia tu just tak berhati-hati je. cuba kalau dia selamat turun. agak-agak sudah billionaire. think positive people. :)


dan jika kita hanya tahu gelakkan orang sedangkan orang lain berusaha, kita dapat apa?? zero! na'ahhh...



jadi berangan lah. tak salah. berangan biar sekali dengan effort. tiap hari cakap kat diri sendiri. jangan cakap dengan orang. tunjuk bukti terus. biar terbelalak mata kau nyahh!! muahahaha...



adakah mat jenin sehensem ini? hekhekhek



p/s: Nabi Muhammad s.a.w adalah salah seorang peniaga yang berjaya di dunia. 




:)