Sunday, 31 July 2011

Meronggeng dan Menonggeng sebelum Ramadhan.

salam,


sekejap je lagi dah nak masuk Ramadhan. Ahlan wasahlan ya Ramadhan. jadi semalamnya beronggenglah sementara boleh makan , minum dan korek hidung sepuas hatinya. 



adik aku ajak pergi Pizza Hut kat Metro Point Kajang. Dia belanja sebab dia tengah kayes rayes. Hujan sepoi-sepoi berbudi bahasa semalam membuatkan adoiii malasnya nak keluar tapi mengenangkan no more pizza lunch for a month, makanya ku gagahi jua dan segala kemalasan berjaya ditepis dengan rakusnya. 


pemalas nak bawak payung cenggini lah jadiknya. semua tak jadi ngorat sebab tengok macam perempuan tiga suku. *bapak perasan dowhhh kau nih.



lupa nak bawak DSLR gambar pun kena carik lighting baik punya. *bila-bila tah ada DSLR?







THE RASHIDS. 





waa.. tak boleh tengok entry ni waktu bulan puasa nanti. bahaya...bahaya nanti terkentot.  aku pesan entah hape ke namanya spaghetti tu. masam! lain kali order benda lain.






yeayy!! tu ha makcik yang belanja hidong besar!! thanx a lot dekja. silalah kaya hari-hari. boleh belanja hari-hari. bhahahaha...



psstttt.. tahu tak abang jaga pintu kat Pizza Hut tu pelik. dia menjerit time greeting orang yang nak keluar restoran. SEEEE YOUU!!!!! habis kuat dah sampai makcik-makcik tersedak nak makan. kalau yang ada heart attack tu tak sempat nak taubat dengar dia jerit. haihhh...  T__T







itu kisah meronggeng, kisah menonggeng pulak??





orang kat dalam rumah ni memang ada tabiat pelik bila makan durian. makan durian je nak cangkung menonggeng. durian jelah, buah lain sangat sopan santun gitewww... jangan risau, masih boleh buat menantu. KahKahKah..




till meet next entry.