Tuesday, 26 July 2011

Misteri Bola Pingpong.

salam.





Amer berumur 15 adalah seorang anak yang pendiam. Dia sungguh
misteri.

Bapanya seorang pesara tentera, kini memulakan perniagaan
kecil-kecilan, manakala ibunya telah pun meninggal dunia sejak dia berumur 8 tahun.Tinggallah Amer dan bapanya berdua. Bapanya seorang yang amat tegas danmengharapkan Amer berjaya didalam pelajaran.

Setelah bertungkus lumus belajar akhirnya Amer mendapat kesemua A
dalamsetiap mata pelajarannya ketika menduduki peperiksaan SPM.

Suatu petang bapanya memanggil Amer. "Bapak bangga dengan pencapaian
engkau, Amer, apa kau nak sebagai hadiah kerana cemerlang didalam
PMR? Basikal?"

Amer hanya membalas "Saya hanya nakkan 2 biji bola ping pong aje
bapak."


Bapaknya hairan. Tapi dia tetap menunaikan hajat anaknya. Dia lantas
membelikan anaknya 2 biji bola pingpong.

Masa kian berlalu, kini Amer mendapat kejayaan didalam SPM, dia
mendapat 10A dan diterima dijurusan kejuruteraan mekanikal disebuah
university terkemuka di Malaysia . Bapanya bangga dan bertanyakan
apakah hadiah yang Amer mahukan. Amer masih tetap mahukan 2 biji ping pong.
Bapanya bertambah hairan, namun dia tetap membelikan Amer 2 biji bola
ping pong.

Semasa di university, Amer terus berjaya dan berjaya dan dia telah
mendapat award sebagai pelajar terbaik di Universitinya. Kejayaan demi
kejayaan yang diterimanya dia masih tetap mahukan 2 biji bola pingpong dari bapanya.

Bapanya terfikir yang dia mempunyai anak yang kurang waras, tetapi masihberbangga.

Akhirnya dia telah diterima bekerja di salah sebuah syarikat engineering
yang terbesar di Malaysia yang bertaraf international. Bapa Amer makin
gembira lantas dia masih bertanyakan apa yang Amer hendak. Amer masihtetap mahukan bola ping pong.

"Kau ni, asik2 bola pingpong! Sudah!! Perniagaan bapak makin maju danbapak hadiahkan kau sebuah Kereta Mercedes SLK Compressor"

Namun, Amer tetap gembira dengan pemberian bapanya tanpa banyak soal.

Pada hari dia mendapat kereta tersebut, dia keluar untuk men'test'
keretanya. Namun, apalah malang Amer, dia mendapat kemalangan yang
teruk di Highway KM 1.24 dan dimasukkan ke ICU.

Bapa Amer amat terperanjat dengan kemalangan tersebut.

Semasa di ICU, bapanya menjaga Amer dengan penuh kasih sayang. Tetapi
nampaknya Amer dah tiada harapan nak sembuh, lalu Amer mengeluarkan
kesemua bola ping pongnya dan menyerahkan pada bapanya.

"Bapak... ameklah bola ping pong yang saya simpan ni...." kata Amer
kesakitan.

"Amer, selama ni ko asik mintak bola ping pong aje, ape ke paedahnya"
kata bapaknya

"Sebenarnya ada misteri disebalik bola ping pong ini..." kata Amer

"Apa dia" tanya bapa Amer

Tetapi belum sempat Amer memberitahu meisterinya, Amer menghembuskan
nafasnya yang terakhir...

Bapa Amer menjadi separuh gila mengenangkan misteri anaknya.
Apakah misterinya? Anda nak tau????




 




ianya tetap misteri kerana tajuk cerita ini adalah Misteri Bola Ping
Pong dan akan menjadi misteri selamanyaa.........







p/s: aku juga tidak puas dengan penamat misteri ini, sila jangan bako blog aku. sobssss.. T_T