Wednesday, 17 August 2011

Adakah bila berusaha itu dikatakan tidak bersyukur?



 
salam,


malam tadi aku mimpi aku masuk Ustajah Pilihan. Adakah kerana boyfriend aku Imam Muda? Bhahahaha.. memang tak lah dia jadi imam muda. Dia cuma manusia biasa yang menjadi imam pada waktu yang muda. KehKehKeh. kang dia masuk lepas itu famous aku kena lah kahwin dengan dia cepat-cepat sebab banyak godaan syaitoonnn, kalau tak melepas lah aku. baru nak tumpang populariti. *hahaha.. statment macam ni memang tak buat bini nih.


pemenang program realiti tv ada scandal! *tajuk utama Sinar Silau.



okay, abaikan introduction yang memang nan hadoo lah aku nak masuk Ustajah Pilihan. nak masuk first round pun kohommpemm tidak kesampaian. T___T aku jadi Nek Kadi jelah, ataupun Nek Nujum. nak jadi Nek Mudim kang aku kena banned. lagipun aku ada bakat meramal. kau hadooo? aku tahu bila mendung tu, maknanya hari nak hujan. hebat tak aku? *muka bangga



so muslimin muslimat semua, back to topic. basic need kita adalah makanan, pakaian dan tempat tinggal. kan kan kannn?? tapi kita berusaha untuk dapatkan makanan yang sedap, pakaian yang cantik, dan tempat tinggal yang selesa. adakah kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada? kita cuma memperelokkan lagi, mencantikkan lagi, menselesakan lagi basic need kita.*ada ke ayat menselesakan? tak boleh jadi chekgu ni. kang murid semua terlebih pandai. T___T




sama juga dengan segala macam produk aku jual nih. aku tak pernah kata ''cik kak, badan kau tu hodoh la takde shape langsung, pakai lah PB hoiiii!!''  or ''kesian kau ni, dah la hitam, gemuk, banyak penyakit pulak tu.. tulah, siapa suruh tak beli PB'' OMG!! that is soooo not me! aku kata jom cantikkan lagi badan kita, sihatkan lagi badan kita dan jaga sebelum terlewat. segala anugerah Allah tu kita jaga dan aku cuma mencadangkan salah satu cara untuk menjaganya. itu saja. :D




tiada istilah tidak bersyukur dalam cara aku menjual. konsepnya sama dengan kau dah ada nasik, tapi kau nak tambah lauk bagi nasik kau sedap. padahal makan nasik je pon dah boleh kenyang. betul tak? takkan kau nak cakap ''tak payah masak lah, tak bersyukur ke kau dah ada nasik?'' haaa.. giteewwww... kalau tak berminat dengan produk apa aku cadangkan duduk je diam-diam. dan aku akan terima kritikan jika boleh memotivasikan aku. ada faham? orang gemuk yang nak kurus tu tak bersyukur ke? apa hak kita nak nafikan keinginan dia yang Allah dah berikan. tak salah dia nak cantik kalau itu yang dia selesa dan dapat balik keyakinan diri dia. itukan lumrah..




maka dan bahawasanyaaa... bila kita berusaha untuk menjadi lebih baik, atau mencuba untuk dapatkan hasil yang baik, tidak bersyukur bukanlah istilah yang tepat mahupun padat. kalau fikir macam u, tak jadi orang lah kita. lainlah kau dah ada baju empatpulohratus wardrobe kat rumah, kau nak beli lagi. itu  melampau patut dilempang sedangkan orang lain tak ada baju untuk dipakai sebab dia dah borong semua. Muahahahaha..




dan aku cuma membantu orang-orang yang mencari produk kesihatan yang terbaik untuknya. dah laa.. penat Ustajah mengomel. harap korang faham sebab aku annoying dengan komen-komen yang tidak membina. tapi ngak apa-apa.. ini cuma satu fasa yang aku perlu lalui. dan aku suka! :D dan aku ucap terima kasih banyak-banyak kat orang yang sokong aku. dapat ganjaran korang kat sana nanti. *hinshhh! lap hingus terharu.




so, siapa nak berusaha untuk dapatkan bentuk badan yang ideal dan sihat? aku dah sediakan tiap satu page untuk tiap satu produk. tokan jo mano-mano yang engkau berkonan yoo... or nak tanya lebih lanjut text je aku.. anytime okayyy!! :D





p/s: nak raya dah ni. mak aku tak sampai sebulan lagi dia minum Lactolite, perut dia dan makin kempis. dah badan dia, dia lah yang rasa kan. seronok aku dengar!



okay bye!