Sunday, 28 August 2011

Arwah adik dah nak balik 'asrama'.

salam,



pejam celik sahaja Ramadhan dah nak tutup tirai kan. syaitonirojim pon dah nak bebas dah. kalau perangai dalam bulan puasa pun dah boleh ganti setan apatah lagi kalau setan tak kena ikat kan? =..=' haru betul!



tapi tak boleh lawan haru aku waktu berbuka tadi. abah aku cerita yang arwah adik aku datang dalam mimpi. berjubah dan berketayap. lima belas tahun usia dia tahun ini dan jika arwah masih hidup, aku teman dia stay up struggle untuk PMR. emo giler aku bila aku dengar abah cerita dia datang singgah nak ucapkan selamat tinggal pada kami semua anak beranak. sebab Ramadhan dan nak berlalu pergi. :(




meleleh aku depan rezeki. wajahnya iras adik perempuan aku, tinggi dia tinggi sikit dari kakak aku, dan berkulit cerah macam aku. *itu abah aku yang cakap okay. cuma badan dia tough sebab dia lelaki. dia pulang ke rumah as a grown up boy. i miss you so much adik! abah aku tanya dia nak pergi mana. dan dia kata dia nak pulang ke 'asrama' dia dah. abah tanya lagi.. 'taknak tunggu mak balik ke? mak balik kejap lagi'.. waktu tulah meleleh hingus dan segala macam bendalir kat organ aku nih! adeh




dan itulah asrama dia. dah 15 tahun dia bersemadi kat sana. dia pergi waktu aku 6 tahun terkedek-kedek lagi kat taski abim.


flash back *black & white mood

abah: dah jom balik.
aku: kenapa?
abah: adik Hazim meninggal tadi.
aku: .................. 




dialah satu-satunya adik lelaki aku dan aku tak ada abang. we still keep praying for you. semoga aman kat sana. Syurga tempat kau dan harap kau tunggu sambut ketibaan kami dengan senyuman. kan kannn? good boy! XD



p/s: LailatulQadar yang kita tunggu dalam bulan Ramadhan ni. waktu langit terbuka seluas-luasnya menerima segala doa hambanya. semoga kita berjumpa malam itu. amin yarobbil a'lamin.