Saturday, 6 August 2011

Iklan Ramadhan TV9. It's on your thought.

salam,


walaupun ada pihak mendakwa bahawa iklan ini tidak sepatutnya diiklankan kerana tidak menunjukkan nilai-nilai sebenar orang Islam, bagi aku sendiri tiada masalah. put yourself on reality people. memang setiap individu punya pendapat masing-masing tapi apabila diperbesarkan aku dah macam 
'ohh please lah...?' 




Leya dan AG ni berlawan sesama sendiri waktu sahur. But the end of this video Leya macam berpuas hati sebab AG tak dapat makan makanan sahurnya sebab terlalu asyik berlawan. dan bila orang tonton depa ketawa terbahak-bahak sebab kelakar. dan dikatakan pula perkara sebegini dijadikan bahan lawak. itu ke pasalnya?  why not you think like this..



Ambil pengajaran
'' haa.. tulah, orang nak makan.. ni nak berlawan. kan dah terlepas sahur. kan sahur tu sunat, tak payah nak masak beriye-iye. makan je apa yang ada. diri sendiri yang rugi. '' gelak terkekeh-kekeh.



dan aku tak hairan mana diorang dapat idea nak buat iklan macam ni sebab itulah realitinya. dewasa ini, (ecehhh.. kan dah buat format SPM dah ni) tak ramai yang ambil sahur itu sebagai perkara Sunat yang amat digalakkan tapi hanya untuk mengisi perut supaya tabah, gagah, dan gigih untuk berpuasa pada hari itu.



Mungkin ini merupakan satu iklan yang perlu difikirkan pengajarannya, bukan tengok apa yang tersurat sahaja. 'eyy.. tak baiknya dia ni, gelakkan orang tak dapat sahur. tak belajar agama ke?' or 'ishh.. mana nilai-nilai murni dia, tak ada langsung.'



tapi lain orang lain pendapat, cuma aku kesal.. bila tak setuju istighfar dalam hati. fikir mana positive nya dalam iklan ini. bukan diperbesarkan. kalau dah korek, gali tujuh kaki tak jumpa juga.. barulah ambil next step. come on lah!



nota tangan: manusia ni macam-macam ragam. kalau nak jatuhkan orang tu laju je. Nauzubillah.

nota kaki: cubalah buat iklan yang penuh dengan nilai-nilai murni. mesti ramai nak tengok. *mata kelip-kelip. 



it is really base on your thought. PEACE! (muka comel)