Monday, 8 August 2011

Kecewa lelaki taknak kat korang?

salam,


jom layan lirik lagu ni dulu.


Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi

Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini

Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu


Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akan kubatasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu

Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu

De hearty: Permata yang dicari.


see the bold lyrics? nyanyi panjang-panjang tengok yang bold tu je??! T_T


haku dulu pernah jugak kena reject , wa steady je beb. (padahal menangis-nangis tiga puluh hari tanpa henti) lepas tu kawan aku dok bukak-bukak lagu ni. makaihhhh sentap kau jah! aku pun bukak tingkap renung langit fikir sorang-sorang.


aku bukan tak ada orang yang nak, tapi aku pergi jugak terhegeh-hegeh kat lelaki yang tak nak kat aku buat apa. rilek sudahhhhhh... betul lah orang kata, kalau dah sayang, semua buta. kalau boleh kita nak juga miliki dia. tapi Alhamdulillah lagi iman aku masih ada walaupun secebis dan secubit garam yang diletak dalam kari, aku masih gagah meneruskan kehidupan. nampak tak betapa bongoknya membongok kan diri sendiri kejar lelaki yang anggap kita bukan sesiapa? serious aku maki-maki diri yang mental tak betapa stabil ketika itu.


 
*tiada kena mengena dengan tajuk di atas*



Allah tu akan pertemukan kita dengan orang yang salah dulu sebelum jumpa jodoh kita yang sebenarnya. Dia ciptakan pengalaman buat kita supaya kita rasa pahit sebelum rasa yang manis. betul siyesss tak tipu. sendiri rasa. T___T



dan percayalah doplohratus percent bahawasanya jodoh itu telah ditentukan oleh Allah. Jodoh memang tak jumpa kalau tak dicari tapi kalau dah cari still tak melekat jugak walaupun gam gajah, kangaroo, dan badak sumbu telah digunakan, redhalah. dia bukan jodoh kita.



okay?! no hard feeling kalau dia tak suka kat kita. kau akan dapat lagi handsome dari mamat yang kau dok terkejar-kejar tuh. no worries. jangan buang air mata untuk lelaki yang tak hargai kasih sayang kita, tak hargai kesetiaan kita. (perghhh sentap menusuk kalbu)



dah alang-alang aku jadi pakar motivasi ni. izinkan lah saya petik madah-madah dari uncle google yang hensem. uncle google pun petik dari orang juga.


''Cinta tidak selalu bersama jodoh tetapi jodoh selalu bersama cinta.''



p/s: tapi perempuan sekarang demand. nak yang perfect tapi diri sendiri tak nak jadi perfect. HOW? *sigh