Saturday, 13 August 2011

Penting tak tinggalkan jejak selepas blogwalking?

salam,



dah lama aku tak hupdate blog. adalah dalam tiga empat hari. ada orang rindu tak selain silent reader aku? aku harap semua orang mengangguk setuju. hahahakktuihhh! well, aku tak sempat nak update pun sebab banyak ghoje dekat office. hari isnin ni last weyhh.. aku berharap lagi diorang buat farewell party lepas tu surprise letak belon banyak-banyak. then ada chocolate moist dari secret recipe. *okay imaginasi melampau.



dan ketahuilah bahawasanya jika aku tidak hupdate, bukan bermakna aku menyepikan diri dari dunia blogging sebab aku masih blogwalking ke blog-blog mereka yang tinggalkan jejak dan komen-komen beras bernas kat entry-entry aku. owh, terima kasih kawan sebab masih sudi jejak dan pijak sini. akan ku ingat sampai pukul duabelas tengahmalam esok. *terharu T___T




dan aku kohompemmm tinggalkan jejak kat belog korang balik. komunikasi dua hala itu penting bukan? and plus ada blog-blog yang best tu aku terus follow. lepastuhh.. aku ada terjejak kat satu blog ni. punyalah puaka jari dia menghanjing blog jejari runcing. perghhh.. boleh tahan lah dia melahar jejari runcing tu. adalah part yang aku tergelak guling-guling sebab ayat dia macam pondan. dan status jantina dia amatlah diragui. tapi aku baca just for fun. bidadari kayangan paling cun sekali aku rasa. KehKehKeh.






boleh pulak tolong iklankan blog dia kan. bhahaha.. ramai jugak dok kutuk-kutuk dia tapi dasar jejari puaka dia nan hadooo kisah. sukahati kau lah nak buat apa asalkan kau tak menghanjing aku. boyfriend aku juara bola sepak kampung je, tak layak untuk dihanjengkan. bhahahaha.. 



macam dah lari topik je?



so, penting tak tinggalkan jejak lepas blogwalking? penting dowhhh. semua blogger tahu. sebab macam aku cakap tadi. ia merupakan komunikasi dua hala jarak jauh. tak kan malu-malu kucing nak komen atau jerit kat shoutbox. sejak bila tahu malu ni hahh? *emo tak pasal-pasal. mana tahu muncul bait-bait cinta antara blogger. kan dah dapat jodoh. Muahahaha.




dan jauh dari lubuk sanubari aku,walaupun hanya secebis perkataan kita lemparkan, selamanya terasa. Bhahaha.. oh ye, aku tak hupdate blog pon follower makin bertambah. sebab apa? instinct aku kuat mengatakan kerana jejak-jejak yang aku tinggalkan. jejak sebesar fossil dinosaur telah dikesan oleh mereka yang berperangai seperti aku juga. diorang datang balik blog aku, baca, suka, dan follow. 



simple like pimple, easy like abc kan? 
eh, korang dah minum Lactolite hari ini?




p/s: aku nak header cantik lepastu canggih macam abad tigapuluhempat. ada sesiapa reti buat tak? aku bayor.