Wednesday, 24 August 2011

Sadis tak shopping sorang?


salam,


kalau soalan tu kena kat aku, aku jawab TAK! malahan aku suka sebab aku bebas nak pergi mana, berapa lama aku nak, dan kalau penat, aku penat sorang. tak ada lah orang penat sebab aku. dan aku pun tak suka bila aku penat sebab orang lain. bhahaha.. kira fair and times square lah kan? 





err.. tapi kalau dah nak raya ni pergi sorang macam loser pulak sebab bawak barang banyak lepas tu kakak kedai tu bisik.. ''kesian dowh dia ni. shopping sorang je. pakwe dia tak teman ke? ohh.. tak ada pakwe kot'' lepas tu gelak terkekeh-kekeh. gelak lah kau, esok kedai kau dah tak ada aku bakar. muahahahahaha. wa rilek je bakar-bakar kedai orang ni. Kehkehkeh! setan tak setan perangai buruk macam ni. sila jangan ikut.



lagi kalau shopping sorang beli barang banyak pegang sendiri. *sigh. tapi kalau ada teman pun aku lagi suka bawak sendiri barang aku. Serious menyampah weyhh orang yang nak shopping bawak boyfriend tapi barang, handbag, semua boyfriend dia pegang. dia pegang handphone je dan belanja shopping pon suruh boyfriend bayar. OMG! kesian wehh pakwe kau, kau hengat dia tu kuli kau? yang lelaki kalau ye pon nak gentleman, jangan sampai awek kau pijak kepala. pegang lah barang sama-sama. kan sweet.....  *mata kelip-kelip.



lagipun shopping dengan kawan-kawan or dengan family lagi best aku rasa. cuma kalau terpaksa shopping sorang-sorang tu aku tak rasa sadis pun. hati agak kering untuk rasa macam tu. Hekhekhek. 






so aku ingat esok nak turun K.L serbu jalan TAR. siapa nak ikut? meriah sikit ye dakk?? Hikhikhik.... jumpa kat sana! okaybye! :D