Sunday, 21 August 2011

Tak Nak Kahwin!

salam,


ni kalau munzir baca tajuk entry ni je, dia tersedak kot? Bhahahaha...munzir, bukan pasal awak lah.. lagi pun awak selalu pesan jangan cerita pasal awak selalu dalam blog, nanti orang annoying. KehKehKeh.. hoi, jangan annoying hoiii... ;p



tiga minggu lepas ke tiga abad lepas entah, ex aku ada mesej aku kata nak jumpa. ni baru betul aku yang tersedak sebab dah bertahun lamanya tidak berjumpa, tiba-tiba buang tebiat nak jumpa dengan awek lama dia. gila hape? tapi aku macam cool je lah kan sebab tak ada sebab nak gelabah. HekHekHek. For all his mean, dia just nak jumpa sebab nak minta maaf kat aku dengan apa yang dia buat selama ini. jangan dia ngorat aku balik sudah.. bhahaha..



tapi tak jumpa pun, tak sampai hajat dia nak jumpa aku sebelum berangkat mengerjakan umrah. aku dapat doa dari jauh jelah semoga kau selamat pergi dan selamat pulang ye. maka Ramadhan pun menjelma. aku ceritakan hasrat hati ex aku tu dekat mak aku. tiba-tiba waktu sahur mak aku ungkit satu persoalan.



emak: ena, kalau dia mintak nak kahwin dengan ena kat sana macam mana?



ohh emak... terngiang-ngiang soalan itu dalam kepala hotak aku lantas petang berikutnya aku mendail nombor Umobile munzir sebab free.*sempat promote. risau jugak aku sebab apa yang kita doa depan Ka'abah insyaAllah, Allah makbulkan. sebab aku tahu ex aku tu menaruh hati lagi kat aku. i just knew. kang menjanda pulak perasaan aku tu kat munzir tak pasal-pasal. tak mahu!





ya ampun! what the hell i'm keeping his picta yawww?? this is on our freaking date i guess? sudah lama. terselit kat file zaman purba aku. i thought sudah delete? grrr.. ctrl + A , delete!



maka dan bahawasanya aku telah di tazkirah pada waktu itu oleh yang berhormat munzir. dia dengan sejelas-jelasnya menerangkan dan meyakinkan aku bahawa perasaan khuatir aku itu hanyalah perasaan. dia pun pelik kenapa aku boleh fikir macam itu. *tiba-tiba jeling kat emak. muahahaha..





Allah akan makbulkan doa kita dalam tiga cara. dimana-mana pun walaupun di hadapan Ka'abah. cuma tempat suci itu tempat yang mustajab untuk kita berdo'a.

  • Allah segera memakbulkan.
  • Allah menyimpan doa kita sebagai satu pahala di Akhirat.
  • Allah akan memalingkan dan menghindarkannya dari suatu keburukan yang sebanding dengan doanya itu.

(HR Ahmad, Al-Bazzar, dan Abu Ya’la dengan sanad jayyid. Diriwayatkan pula oleh Al-Hakim dan beliau berkata: sanadnya shahih. Demikian pula Adz-Dzahabi sependapat dengan beliau).





aku pun apa lagi ohhhhhh panjang-panjang lepas tuh fuhhhhhh panjang-panjang. its quite general untuk semua. Aku do'a ex aku tu diberikan jodoh yang lebih baik dari aku. (surina bajet baik hoi!) whatever it is, aku syukur sangat sebab aku dikurniakan perasaan terhadap seorang lelaki yang aku boleh kira jauh lebih baik dari ex aku. (no hard feeling mr.ex) semoga kau do'a yang baik-baik untuk aku di rumah suci Allah itu. terima kasih. 




**aku seorang yang setia. InsyaAllah**



dan dia lah orangnya. fullstop. 





aku lepas kena tazkirah kena bagitahu orang. selalunya yang jadi mangsa adik-beradik dengan cousin aku. hahahahaha. mana boleh aku ditazkirah sorang-sorang. okay bye!