Friday, 23 September 2011

Alhamdulillah. Ramai artis dah berhijrah tapi..



salam,


wahh.. entry kali ni kepochi sikit. asal cerita pasal artis je mesti automatik jadi kepochi kan. kenapa tah. =.='



Alhamdulillah lah ramai sudah artis kita berhijrah ke arah lebih baik. bukan hijrah ke Mexico or Alabama or Egypt, tapi berhijrah menutup aurat. artis ni kalau dah start pakai tudung, banyak syaiton yang direjam tu menghasut. almaklumlah dunia retissss.. tapi kita doakan lah mereka ni supaya istiqamah. berterusan melakukan sesuatu yang baik. 



baru-baru ni Diana Amir mula berhijrah memakai tudung selepas mendapat hidayah dalam mimpinya. 




nice! manusia ini diciptakan lebih manis kalau menutup aurat kan. nampak suci je walaupun sebelum berhijrah dunia dia macam hampeh. bayangkan kalau Britney Spears or Selena Gomez pakai tudung tutup aurat semua. ada orang pedulik dia penagih dadah ke, pernah masuk penjara ke, terlebih alkohol ke, pernah cemolot dengan Bieber ke.. yang penting sekarang dia dah berubah. oh kompem comel kalau Selena Gomez pakai tudung. *imaginasi terlampau.



antara artis yang memilih untuk berhijrah walaupun menutup aurat bukanlah pilihan sebenarnya. Ia adalah wajib. selalunya ayat cliche 'belum sampai seru' akan digunakan tapi ramai yang berhijrah ni artis-artis muda. yang tua rambut blonde botox sana sini tu bila ye? kang 'seru' lain yang panggil kang baru nak tanjat boboi.


Irma Hasmie


Raja Farah


Siti Nordiana


ehh jap.. ni artis ke?
T__T



nasihat kepada artis dan diri sendiri bila dah bertudung..

  • jaga sensitiviti agama.
  • jangan cukur bulu kening.
  • jangan berpakaian ketat. 
  • jangan jadikan tudung sebagai medan berfesyen semata-mata.
  • dan buatlah aktiviti yang bersesuaian dengan penampilan.


Alhamdulillah kepada mereka yang ingin berubah kepada lebih baik walaupun masih belum menutup aurat secara sempurna. orang kata, take it slowly. Islam agama yang mudah tapi jangan sesekali ambil mudah. ada pula yang masuk industri seni dengan bertudung tapi makin lama makin hilang pula. ini apa kes ye?

tepuk dada tanya iman. Doa-doa yang baik sentiasa mengiringi kalian. InsyaAllah. :)


buii!