Wednesday, 7 September 2011

Entri songsang: Girlfriend aku dah tunang dengan orang lain! Huwaaa..

salam,


dulu waktu kita masih sekolah kau selalu manja-manja dengan aku. kalau kaki aku luka kau letak ubat. padahal calar je pun kau nak balut sampai peha. aku kata 'takpayah la weh... luka aku kat tapak kaki yang kau nak balut sampai peha kenapa?' lepas tu kau kata 'diamlah kau, duduk je diam-diam' dan aku merelakan perlakuan kau terhadap aku. tetapi sekarang??? kenapa kau dengan orang lain?!!! ohhh nooooo... 




dulu kau selalu jadi nurse kitorang tapi sekarang kau mesti nak jadi nurse Raf je. apa pentingkah dia dari aku? *kejap kitorang kejap aku je. pening reader aku karang. ahhh.. sudahlah. penat aku nak reka ayat drama. mesti semua muka macam ni (=..=') buat hidung kembang lepas tu protes dalam hati. Kehkehkeh. 




dah la, aku pun mula menyampah tengok ayat sendiri tunggang langgang. semua sebab kau Faralina. *tiba-tiba kau jadi mangsa. Muahahaha. aku just nak ucapkan tahniah muah muah kiss pipi kat kau sebab dah jadi tunang orang. Senior sekolah sendiri pulak tuh. kelasss kau mariaaaa!! aku dah lah tak dapat datang sebab tu aku dapat membebel je dalam belog nih. ralat kau tahu takkk! emo..emo..



woahhh.. chanteknya diaa!!

malu-malu tapi tunjuk cincin gitewww.. *lap-lap air mata terharu. dah besar dah kau sekarang. jumpa dulu cinonet je. okay tipu. kau tinggi kurus cinonet hapenye. tahniah beb! dengan ini aku akhiri hubungan songsang kita sebab kau dah ke jalan yang benar. Kahkahkah. 



tapi kau masih Girlfriend kitorang okeh. walaupun status kita dah lain sekarang. sobssss...

 abaikan stokin pink aku yang huduh itu. 






congrats kawan. 

Noor Faralina Hanis & Rafsanjani 
-engaged-
3 September 2011