Friday, 2 September 2011

Makeup Simple Untuk Beraya.

salam,


ni lantak hengkorang lah nak ikut ke tak. aku kengkadang koboi je pergi mana-mana sebab malas betul nak lukis-lukis muka nihh.. tapi dah nama pun raya, paling koman ada secalit warna pun dah oraite sangat lah tu. kang pucat kang orang tak cam, dia ingat pontianak dok bertandang ke rumah kecik hati aku. hati aku dah la lembut cepat tersentuh. muahahahaha. 



jadi, ni untuk gadis-gadis yang hanya ada limited barang make-up. aku cadangkan korang fokus kat mata je pun dah okay. apa-apa pun orang tengok mata kita dulu barulah cair turun ke hati limpa paru-paru semua. korang dah lilit-lilit tengkorak leher tu macam-macam style , muka sarat pulak dengan makeup patploh inci, plus panas korang nak touch-up tiap dua minit. rimas hoiiiii... 




at least kat handbag kita ada bedak compact, eyeliner, lip balm/lip gloss kan? ni standard lah remaja. kalau mak-mak tu ada lah gincu pelbagai warna ke hape sebab bibir remaja macam kita ni dah cantik dah natural.  ececehhhh! korang tanyalah boyfriend/abang/kaum adam, diorang suka perempuan yang simple dalam penampilan. ye dakkk? simple bukanlah bermaksud tak ada style mak jemah oiii... aku suka tengok bebudak sekarang yang pandai mix and match, muka natural. ketepikan yang bajet comel mulut muncung-muncung. 



so, pakai bedak nipis natural skin tone. siapa yang pakai lens, pakai lens dulu before makeup. lukis line kat atas kelopak mata. dan yang kat bawah lukis sampai tengah mata.



just nak bagi mata nampak galak.

sapu mascara bagi bulu mata melentik gitewwww...


pastu sapu lah blusher sikit.  pakai lip gloss. DONE!



eye shadow? jangan yang striking lima batu dah nampak kau kelip-kelip. fake eyelashes? NO NEED! nak buat-buat hidung nampak mancung? errr.... bukan nak masuk majalah kan? kang dah bertandang rumah orang makan rendang pedas, hingus meleleh hilang hidung mancung kau. nak nangis lagi bermaaf-maafan. plus minus makeup tebal-tebal kena cover ayu je. bhahahahaha. so, thats my way. nak ambil wudhuk pun senang nak cover up balik makeup.




 so-so je pergi beraya okeh. yang penting masyukkkk!! Kehkehkehhh..



till meet next entry.