Monday, 5 September 2011

Puasa Enam boleh buat sekali dengan Puasa Ganti?



salam,



hari tu pergi konvoi beraya dengan kawan-kawan timbul isu puasa enam ni. masing-masing dok ajak puasa lepas malantak macam seratos hari tak pulun makanan. statement masing-masing sama je. takut gemuk(!) 



'alah, makan je puas-puas hari ini, esok kita puasa lah'
'boleh puasa enam sekali' '
'tapi aku kena ganti puasa dulu'
'alahh.. sekalikan je puasa tu'
'tapi itu kan puasa ganti yang wajib, boleh ke?'
'...............................'


dan masing-masing mula menyatakan pendapat dari rujukan masing-masing. lama juga bercakap pasal ni. tengok baik tak kitorang dok dalam kereta tak cerita benda-benda yang laghah. Muahahahaha.. 


antara yang ikut konvoi raya edisi kanak-kanak girang tak pernah jumpa sawah. T__T



konklusinya ialah tidak boleh. ulang tayang balik apa maksud wajib dan apa maksud sunat. wajib itu bila kita buat dapat pahala, bila tak buat dapat dosa. sunat pula kalau buat dapat pahala, tak buat tak dosa pun.  manusia selalu nak ambil jalan short cut kan? kenapa nak gabungkan perkara yang wajib dan yang sunat.
 


haram berpuasa hanya pada 1 Syawal. gantilah puasa yang wajib dan buatlah yang sunat selepas itu. takut tak sempat buat puasa enam sebab sibuk dengan ganti puasa yang wajib tu dah datang bulan? niatlah puasa sunat itu dulu. puasa ganti boleh dilakukan bila-bila sahaja sebelum Ramadhan seterusnya datang. 



aku suka statement sahabat aku yang sorang ni.
' kita dah berhutang tapi kita nak bersedekah, kenapa tak jelaskan hutang kita dulu? ' 



kalau degil nak jugak main gabung-gabung , gabunglah puasa enam dengan puasa sunat hari Isnin Khamis. boleh. bukan apa, hukum bukan kita boleh bawa main-main. Dulu memang ada pendapat yang kata boleh dan yang kata tidak. tapi yang kata boleh bukanlah dari U'lama. 



''Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid’ atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid’. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.''





p/s: kebaikan puasa enam.

 من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
 ertinya: “Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)” (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).



:)