Saturday, 3 September 2011

Soalan Popular ketika beraya.

salam,



''ni tak lama lagi dapatlah menantu ni kan? anak-anak dara dah semua''



hamboihhh mak jemah, kalau duit tu bertaburan jatuh dari langit, boleh petik kat pokok rambutan, esok jugak anak dara mak jemah ni kahwin uollssss!! wahahaha.. tapi itu biasalah soalan-soalan bila dah tengok mak abah aku beraya bawak anak dara tiga orang besar panjang macam ni. dapat senyum-senyum memalu giteewww aje. lebih-lebih kang nampak miang pulak. bhahahaha. 



soalan-soalan cliche yang lain sampai tak terkorek telinga aku nak mendengarnya.

- yang mana nombor satu, nombor dua, nombor tiga? dan selalunya orang ingat aku nombor satu. T__T

- ni anak siapa? yang tu anak siapa? *ni kalau datang sekampung limaploh kereta masing-masing dah konpius. dah la jumpa setahun sekali.

- tak lama lagi tinggal mak dengan abah jelah kat rumah ye dak? *soalan berbaur kiasan dan biasan dan hiasan.

- sekolah lagi ke? tingkatan berapa? bila nak masuk sekolah? sampai bila cuti? *soalan pukal. tapi kat Johor masuk unibersiti pon diorang bantai panggil sekolah jugak.



dan seperti biasa dialog aku sama je tiap rumah. boleh hafal skrip dah lepas ni. tapi yang aku perasan aku dah makin peramah boleh borak dah dengan tetamu. dulu malas nak layan tengok tv lagi bagus. Muahahaha.






tapi yang penting anak-anak dara ni dapat duit ghaye lagi. yeay yeayyy!!! walaupun yang layaknya pada budak kecik macam ni. Kehkehkeh..




anak buah first aku ni hoiii! ohh ada lagi sorang..





mak budak ni sebaya aku. penuh cahaya keimanan kat situ ye. lighting salah! Hekhekhek..



korang yang sekufu dengan aku ni mesti ngadap soalan yang sama kan? kann?? hahaha. lepas tu mak abah aku mesti cakap ''ishhhh... tak adalah, lama lagi... suruh diorang belajar dulu'' gitewwww.... pon dialog sama jugak. wahahaha.


apa-apa jelah kan... muka macam ni nak jadi bini orang? pergi kursus dulu lah weyhhh..





okbuii!!!