Tuesday, 20 September 2011

Tolonglah percaya yang aku ni ada Stage Fright!




salam,


baru-baru aku ada pergi Program Pemantapan Wawasan anjuran fakulti aku. memang ceramah memanjang khas untuk budak-budak baru fresh-fresh dari ladang seperti aku ini. kerja diorang ni asyik bagi makan je sampai sarapan, minum pagi, makan tengahari, minum petang, supper.. satu pun tak tinggal. gemok dua hari! adeh. T__T lactolite..lactolite..


lepastuh lepak makan-makan dengan bebudak sekelas waktu diploma dulu. makan lah sambil cotcet cotcet. masa tu baru lepas habis ceramah kaunseling. lepastu diorang kata. 


'' surina, apsal kau tak nak cakap waktu penceramah tu suruh volunteer? kau kan gila mic ''

'' wakluuu... bila kejadahnya aku gila mic? aku gila pangkat tu adalah sikit-sikit. muahahaha. *gelak setan ''

'' aku baru nak dengar kau cerita. seronok dowhhh topik tu '' *dialog diubah sikit sebab aku tak hengat apa diorang cakap.

'' aku ada stage fright ''


then everyone give me you-must-be-kidding-me face. apsal pulak dah diorang ni kena sampuk ke hapa? =.=' then i give them kenapa-tak-percaya-ka face pulak. weh wehhhh aku manusia beb. nervous tu kompem ada cuma simptom tak malu tu je yang lebih sikit. sebab tu nampak cool bajet macho je atas pentas. padahal ketaq lutut.


'' surina ada stage fright... ?, woiii, pulangkan surina woiii!! '' sambil cekik-cekik leher aku. *drama sangat khennn...




first time aku naik pentas seorang diri waktu aku kena jadi wakil sekolah untuk syair bahasa arab. time tu darjah satu. aku rasa diri aku macam cik kuman. mata semua nak pandang aku pulak. pandang lah kasut ke, pergi jalan-jalan ambil angin kat luar ke, tapi kenapa semua memilih untuk memandang aku??? pemberontakan jiwa dan kekeliruan jantina pun berlaku disitu. muahahaha.



lima minit aku diam dok tengok semua orang dah macam singa. ustazah aku dah banyak kali bagi hint kat aku suruh mula. Hekhekhek. aku pun mula lah keluar suara. haram satu benda pun tak hingat. dah nak terkucil dah tu tapi aku habiskan. hentam jelah labu asalkan beres!! ahhh.. yang penting aku dapat saguhati. Kehkehkeh. ko hado? ;p



tapi yang aku musykil ustazah aku still pilih aku jadi wakil tilawah lah, debat bahasa arab lah, berlakon drama lah, kenapa tah. tak paham aku. dah tak ada manusia lain yang berbakat dah ke sampai aku yang kalau naik atas pentas ni je, wajib bagi penampor jugak yang dia pilih??? why me? why me?? T__T


*amacam? tampan tak aku? *



tapi itulah, orang kata pengalaman yang banyak mengajar kita. mana ada cikgu dalam kelas boleh ajar kita pengalaman. kita yang cipta sendiri. kita yang lalui sendiri. sebab tulah sekarang muka aku ni tak berapa nak tebal sangat kalau naik pentas. nak kata ada bakat? memang nan hado lah! setakat membebel handle event yang tak official tu boleh lah. boleh blah. Ngehngehngeh!!



konklusinya sampai sekarang aku ada stage fright. entry ini khas untuk kawan-kawan aku dengan ucapan TOLONGLAH PERCAYA WEYHHH! sekian terima kasih.



okbuiii!