Tuesday, 11 October 2011

Cukur Kening?

salam,


wah.. minggu ni sahaja dah ada dua orang tegur aku cukur kening ke hape.ni baru minggu ni, minggu lepas-lepas dan minggu depan-depan tak kira lagi. aku dah mula ragu-ragu lantas tengok cermin. macam biasa je kening aku. takdak apa pun yang luar biasa. original ni beb! apa barang cukur-cukur.


''kau cukur kening ke sue? lawa semacam je kening kau. terbentuk.''

statement lawa tu macam best tapi kenapa perlu cukur kening untuk lawa? =.='



tapi in fact aku pernah TERcukur kening waktu aku lepas habis SPM. aku pergi ikut makcik aku buat facial. aku tadah jelah muka. dia dok tenyeh-tenyeh hidung aku buang benda geli-geli geram tu. habis berkilat hidung aku macam badut. merah pulak tuh. adeh! tang kening dia dah threading separuh baru aku perasan dia ada niat nak cukur kening aku. ohhh tidak. keningku tidak suci lagi. T__T



aku rasa aku dah macam maknyah dah. bayangkan kening tebal aku jadik nipis berbentuk pulak tu. gila fake!! tak suka. rasa bagaikan satu dunia tertawakan muka maknyah aku. *over kan? aku tak keluar rumah sampailah kening aku lebat balik. barulah surina sejati. fuhh lega.
 

ini surina sejati. okay finelah. mata je fake sikit. T_T


dan aku tak rasa nak cukur kening pun. cukur ketiak sudehhh.. buruk ah perangai pakai kening nipis. tu yang tak paham mengapakah ada desas-desus mengatakan aku cukur kening. kening ni lah yang aku bawak sampai ke tua nanti. tapi tak tahu lah kalau dah tua kening pun gugur macam rambut ke hape kan. *biology failed.



p/s: haram cukur kening ni. tahu tak?


bye!