Wednesday, 19 October 2011

Meroyan.



salam,


meroyan didefinasikan sebagai perbuatan yang melanggar etika-etika normal maka terjadilah kurang normal dari segi fizikal atau mental. selalunya meroyan berkait rapat dengan perempuan yang baru melahirkan anak. parah parah. apakah yang begitu mengganggu sehinggakan mental wanita terjejas sebegitu rupa? tak tahulah saya. 


:-definasi meroyan ini ditakrif sendiri oleh yang berbahagia Prof Madya Dr. Siti Surina



habes baik dah tu aku menyamar jadi prof. korang mesti tak dapat beza lepas tu kagum dalam diam kan? aku tahu aku tahu. #tunggu je nak lempang budak nih. actually meroyan ni adalah suatu penyakit kemurungan untuk wanita yang baru sahaja melahirkan anak. adalah tu sebab-sebab dia murung. kadang-kadang baby pun dia tak susukan. kalau tengok-tengok kat tv tu selalunya laki dia mati. ouchh! sadis. kalau aku bukan sahaja meroyan. gila kot? tapi apa-apa pun tidurkan je dia sebab dia tak cukup tidur tu. Ngehngehngeh


amacam muka meroyan aku? gigi sepuloh tahun tak basuh wa bagi lu. 



lagi satu meroyan ni selalunya berkaitan dengan buat benda pelik-pelik. bebudak pun dengan sukahati dia je nak pakai perkataan meroyan ni dengan nafsu halobanya. #ada ke ayat nafsu haloba? contohnya:


'kalau ye pun dah desperate, jangan lah meroyan kat boyfriend aku syial!!' kepala goyang-goyang ala-ala kim kardakesian.

'woi, kau ni dah meroyan ehh ehh?'


'nak meroyan pun jangan lah kat sini'



oh kesian kesian. asalkan buat benda pelik tu kira meroyan ah senang. tapi actually meroyan ni bahaya. sampai boleh membunuh. kau jangan memain cakap kawan kau meroyan. nanti dia bunuh kau ghasak lahh. tanggung sendiri. aku pun macam tengah menghadapi sindrom kurang normal ini tapi tahap meroyan belum lagi kot. aku buat benda pelik seperti setadi lepas pukul 3 pagi, makan cikedis dengan lahap #i'm not a cikedis person anyway. dan tak boleh tidur. 



antara simptom yang menjerumuskan diri aku dalam dunia keroyanan:


ye ye saya tahu board saya tak menunjukkan saya ini gadis ayu  kerana notes bersepah sini sana. abaikan yang itu. close up lagi.


.
.
.
.
.
.
.
.

saya sedang menghitung hari supaya keroyanan saya semakin pulih. 


aduh, lamanya. doakan saya dapat menghabiskan hari-hari tersebut. kira hari untuk apa? konvokesyen? ye ye betul jugak itu. tapi kalau tak konvo tak gak royan macam ini. ini lagi penting dari konvo. T__T



p/s: semoga kita semua dijauhkan dari penyakit meroyan. amin. 



bye!