Sunday, 30 October 2011

Mimpi aku tentang Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara.


salam,



aku adalah pemimpi tegar. tidur lima minit pun aku boleh mimpi drama bersiri punya. serius tak tipu. tapi kebanyakan mimpi aku semua tak guna tapi bila bangun tu kadang-kadang keluar jugak lah peluh. almaklumlah, dalam mimpi pergi join adventure lah, kena kejar kingkong lah, jatuh longkang dan pelbagai lagi aksi suspen. phewww =.=' cubalah bagi mimpi sweet hari-hari. senyum je aku tidur. kan best. T__T




tapi mimpi aku kali ini memang stok bangun je terus bertaubat. doa bangun tidur laju laju dibaca dengan kuat dan bersungguh sungguh. mengucap dan istighfar tu kalau boleh tak nak berhenti. takut sangat. tengok kiri tengok kanan, roommate tengah syiok berdengkur lagi. pukul berapa ni? lagi setengah jam nak subuh. elok sangat lah buat solat sunat Tahajjud. sempat lagi? buat solat sunat Hajat pulak. subuh pun menjelma.




lepas solat termenung jap aku kat atas sejadah. #sila ambil mood background music lagu nasyeed. memang jelas lagi kat dalam kepala hotak aku apa yang aku mimpi malam tadi. dalam mimpi tu, aku macam biasalah pergi kelas tapi suasana hari itu memang suram. mendung macam nak hujan. awan hitam berarak laju seperti berlumba-lumba nak menutupi bumi #wahh gitu bahasa melayu kau. dengan berbekalkan kecekalan menuntut ilmu, aku terasa ada gegaran. bila aku pandang bawah, bumi terbelah sedikit demi sedikit. wooowooowww. rilek rilek cool. aku cuba berpaut pada pokok yang terdekat. apa dah jadi ni? aku tengok semua bertempiaran lari.



hampir macam ni lah suasana kelam kabut dalam mimpi aku tu. T__T




di depan aku berdiri seorang wanita mencabar kuasa Allah. ayatnya persis dalam blog Makcik Hajjah Sitt Al-Wuzara yang sentiasa memaki Allah dan Rasul kita. aku yakin memang perempuan tu yang berdiri depan aku. orang sekeliling juga kaget dengan caci maki perempuan itu terhadap Allah di saat-saat genting itu. dalam hati terdetik 'jahanamlah kau perempuan!' berani betul dia sedangkan Allah sedang memberikan lagi peluang untuk dia bertaubat. tapi dia masih lagi di atas jalan takbur.




sedikit demi sedikit bumi Allah yang kita pinjam ini menelan perempuan itu. di saat separuh badannya telah tertanam, mulutnya mula menjerit-jerit meminta diampunkan. depan mata aku. menangis seluruh isi bumi melihat kekuasaan Allah yang maha hebat. KUN FAYAKUN. bila bila sahaja Allah nak beri balasan, Dia akan lakukan. tanah mula bercantum kembali dan awan hitam beransur hilang. seperti tiada apa-apa yang berlaku cuma perempuan di depan aku tadi lesap ditelan bumi. begitu sahaja. persoalan, masih terbukakah pintu taubat untuk perempuan itu setelah ditelan bumi? Astaghfirullah. terduduk semua yang melihat sambil menadah tangan ke langit meminta keampunan. berjurai air mata melihat kekuasaan Allah.




saat ini lah aku tersedar dari tidur. tak tentu hala aku dibuatnya. memang sebelum tidur aku ada menjengah ke blog makcik tersebut. sesiapa sahaja yang baca blog dia memang akan istighfar banyak-banyak harap makcik tersebut mendapat hidayah. salah satu ayat yang buat diri ini sebak.



'Saper kate benci? Makcik sayaaaaaang rasul junjungan babi Muhammad sang Arab keparat setan padang pasir yang kuat merogol dan menyamun tuh. Ko tak bangga ker? Makcik sebagai umat Islam yang sejati sangat bangga sebab pengikut Babi Muhammad rasul Arab sengal yang hebat zakarnya merogol segala jenis betina termasuk budak kecik! Masyallah!! Rugi ko tak menghayati Quran betul-betul. Sesungguhnya Allah dewa berhala bulan Arab sangat menyayangi kekasihnya Babi Muhammad sampai diturunkannya jin dan setan padang pasir terunggul untuk menyampaikan wahyu bisikan setannya itew!! Allahuakbar!! Allahuakbar!! ALLAHUAKBAR KAFIRA WALHAMDULILLAHI KHINZIRA!!'




sedih aku makcik hoi. nama Allah kau buat main-main. kalau betul lah apa yang terjadi dalam mimpi aku tu kena kat kau, aku rasa semua umat Islam bersyukur hilang sorang keturunan Firaun . selagi ada peluang bertaubat ni, aku doakan kau dan kita semua kembali semula ke jalan-Nya. Amin.




p/s:mimpi ni kadang kadang boleh buat kita berfikir. tapi aku tak boleh mentafsir. kerdil sangat diri ni bila bermimpi tentang kekuasaan Allah. Nauzubillah, semoga kita dijauhkan dari balasan Allah yang maha dasyat. 



*lipat sejadah*