Saturday, 1 October 2011

Seronok ke bercinta dalam satu kelas?



salam,


ni aku tak tahulah ni entry hangen ke hape tah.. nak kata dengki jauh panggang dari api lah. kalau dulu macam best je tengok budak ni jeling-jeling kat awek dia dalam kelas. macam sweeetttt je. macam je lah. alahh. macam iklan sunsilk tu. tapi itu satu kampus. ahhh.. lebih kurang lah. 



aku sendiri ada pengalaman bercinta dengan budak satu kelas. tapi last-last annoying gila suka-suka hati nak pegang tangan orang. kau gila cikgu nampak karang baru tahu! mula-mula je cambest sebab ada orang usha-usha kitewww dalam kelas. tapi memang tak hadap buku lah kan. dok cover cun je. rimas kau nyahhh!! tunggang langgang study aku sebab angau budak hingusan macam dia. harap pengawas tapi perangai Loser. *sorry emosi.



ada satu je pasangan budak kelas aku paling cool sekali dalam dunia waktu diploma sebab diorang dah couple waktu sekolah lagi. main kau aku je. rilek je tengok boyfriend dia menggatal dengan perempuan lain. kadang-kadang dia tak ngaku pun tu boyfriend dia sebab dia tu pengotor. kentut bersepah. siapa nak mengaku awek kau ?? Muehehehe... tapi diorang tersangatlah sweet macam popcorn. belajar sama-masa, cemerlang sama-sama, ambil paper pun sama-sama. cool gila kan? kau hado? =.='



tapi itu stock best couple ever like theeee... couple yang tak best nya bila dah duduk satu kelas, masing-masing macam lepas kelas dah tak jumpa. macam lah lepas kelas tak boleh nak senyum-senyum gatal. macam lah depan kau tu tak ada lecturer yang tengah lecture!! aku dah la duduk dekat dengan kau, aku tak nak bersubahat kene tempias tak tumpu perhatian macam kau. grrr.. adeh! kenapa.. why.. why you do this to me. i dont mind lah kau kau berdua ni nak sweet-sweet ke hape. but respect others and lecturer boleh tak?



tengok! persepsi aku terhadap pasangan sekelas yang bercinta telah berubah. aku tak boleh fokus tengok korang. haihh =..=' orang lain pun ada boyfriend girlfriend lah derrr... lepas kelas berkepit lah, nak makan sama, nak gelak guling-guling, nak main sms depan-depan pun aku tak kisah! aku siap syyhhh korang suruh diam at least fokus orang lain tak terganggu, tapi korang buat dekk je kan. kang aku syuhhhh baru tahu! haa.. *emosi lagi. 




kemain lagi!



tapi yang ni best! XD



Kehkehkeh...


okbuii!