Wednesday, 30 November 2011

Aku dan Penguin Itu.



salam,



hari ni kuliah dibatalkan. jadi aku ada masa untuk tidur. hoyeahh! walhal aku cukup je tidur malam tadi. so, aku merayap pergi bilik gerakan SMF (sekretariat mahasiswa fakulti) nak bagi duit hasil jualan karipap. aku jual karipap? Hahaha.. 15 minit je beb. licin! tapi tu lain cerita, profesion aku masih lagi student. jangan risau. :)



sampai je bilik gerakan, ada makhluk comel yang sangat kiuttt weyhh. giler comel. lagaknya seperti maskot. hah, betullah tu. maskot fakulti kitorang rupanya penguin. Kehkehkeh. gelak jap. tapi penguin bukan sebarang penguin. penguin boleh pegang calculator tau. ingat senang ke nak pegang jari tak ada. Muahaha. tapi dah dasar makhluk comel, haruslah bergambar sepam dua. 





lelaki itu : sue taknak cuba ke? dalam dia macam ekon. sejuk je.. wee~
surina : serius kah? jap nak pikir.
lelaki itu : cuba jelah. tinggi dah oraite sangat dah tu.
surina : okay nak!! 


Muahahaha. what an experience!






TADDAA!!!



dalam tu kena pegang battery barulah kembung badan penguin tu. aku pulak bajet comel dalam tu padahal orang bukan nampak aku pun. aku senyum ke nangis ke orang tak tahu. ohsem gak benda ni. aku nak beli satulah. nak main nyorok-nyorok dengan bebudak kampung. mesti aku menang. Hekhekhek. actually this is for perbarisan sukan antara fakulti nanti. kenapa penguin? entah! ;p



nasib lah benda ni besar. kalau tak aku dah happy feet kat situ. oh, sila telengkan kepala jap.


video


aku macam comel kan kan? Hahahaha. okay tak. penguin tu yang comel. semoga fakulti aku rembat banyak emas dalam sukan nanti. wee~ 


 cun cun tapi last-last jadi maskot? Ngehngehngeh. tapi kalau dia bagi aku seratus sehari aku rembat. apa de hal!




p/s: ohye. lappy saya kena masuk sepital. jangan rindu kalau tak update. :(


okay bye. :)