Friday, 25 November 2011

Malam Pantun.



salam,



masih ingatkah anda tentang roommate saya yang dari Sarawak itu? ada ada saya cerita kesengalan dia di entry ini. ya, dia masih sengal dan kadang-kadang macam makin parah pulak aku tengok. hari ini ada lawan pantun kat  kolej aku. oleh kerana dia orang Sarawak, melayu dia sangat lah tunggang langgang. sampai nak beli makanan pun elok lah bawa sekali translator. kang dia mintak jambu, orang tu bagi dia nasi kerabu. Hekhekhek.



tapi dia ada hati jugak nak pergi pantun ni. nasib baik aku sempat halang dia. kalau tak dia nak jadi peserta. memang aku orang first baling 'bunga' kat dia. Muahahaha... 








so, kami jadi penonton je. rommate aku tu poyo je nak berpantun bagai, baru je start dia dah siap tidur dulu. cesss! aku pulak dok bawak buku bajet nak study tapi hampehh.. dua kali lima je. begitulah ceritanya. 
okbye!