Monday, 14 November 2011

mana nak carik nasi lemak kukus ayam dara terbaik dari ladang hoi? ini tempatnya!



salam,


wah entry kali ini memang bukan calang-calang entry. siapa suka nasi lemak? saya saya saya!! nasi lemak best served bila panasssss berghasap ghasap, dengan sambal ikan bilis yang lazat menyelerakan, timun segar dipotong serong, telur rebus yang menggiurkan  dan yang paling pentinggggg ayam dara yang baru lepas digoreng sempurna. PERFECT! perghhh.. meleleh air liur wa cakap lu!!




amacam? curious tak nak tahu kat mana nak dapat nasi lemak kukus ayam dara terhebat di abad ini? #siyess kau over surina. well, have a ride to KUANG BATU 20, park your car and enjoy the nasi lemak. pehh, nak taip pun dah meleleh ni. itu nasi lemak dia, nasi kukus dia pun awesome gak!



hanya dari 3pm-10pm sahaja.

ni nasi kukus ada sambal dan kuah.



dia warung biasa tepi jalan tapi dont judge a food by its warung. cannot cannot. first time aku datang dengan cousin, pakcik aku dan munzir. diorang memang tak payah cakap lah. satu pinggan memang tak cukup. kompem berpinggan pinggan. aku yang perut kecik ni pun melantak ayam dua ketoi. superb ahh! nasi baik tangki aku kecik tak macam munzir, lima ketol pon dia boleh bedal. gile ahh boipren sapa lah ni. 



nasi lemak kukus ayam dara ini dimiliki oleh dua anak bujang yang tiptop dan masih available. sorang memang handal memasak, sorang lagi pakar buat air.  diorang punya prinsip, customer first! korang start je order, baru dia start goreng ayam sebab memang diorang akan bagi yang panas-panas punya. barulah waktu kita kopek ayam tu aroma dia semerbak je. kena tunggu dalam 10-15 minit then you get the best nasi lemak ever! seriously



harga: RM4.90 sepinggan. AYAM BESAR HOI!



murah tak murah? Hekhekhek. apalagi SERBUUU!!!