Wednesday, 16 November 2011

Tengoklah banyak kali pun, confirm kalah!



salam,



jap, nak lap hengus.. hinsshhhh!! meleleh lagi air mata ni, oh tolonglah.. dah dekat sepuluh kali tengok pun nak nangis lagi ke? tapi memang beb! betting lah dengan kawan ke siapa ke kalau terror sangat jangan nangis tengok cerita ni. kompem kalah. tapi tak tahulah kalau hati kering tengok Noah & Ellie tu macam tengok bantal dengan katil. asal tengok je tidur. cehh! 



dah la aku tengok ni sambil hujan hujan gerimis. memang feel habis. nampak nau perempuan ni suka bazirkan air mata. Hekhekhek. well, we are born to be sensitive. bagi aku cerita ni memang cerita cinta five star punya. selain Titanic. bak kata roomate aku 'kalau i dapat lelaki macam ini, i memang janji sumpah setia' sambil mata berkaca-kaca. dia kalau feeling memang over. sila abaikan.


noah sangat romantik pleaseee... plus kacak. Hehehe. nanti adalah tu orang tu baca lepas tu cakap 'yelah, saya ni tak kacak macam Noah' suara berbaur-baur cemburu. Kihkihkih





aku bajet nak tengok sikit sikit je sebab nak neutralkan balik cerita hantu aku tengok sebelum Notebook ni. kejadah hape tengok cerita hantu sorang-sorang lepastu langsir pulak melambai-lambai. terus call munzir.



munzir: apsal tengok? kang mimpi bukan-bukan.
surina: sebab tu tengok siang-siang. malam nanti takut. #pura-pura gelak comel.
munzir: lepas ni kalau mimpi jangan nak mengadu.
surina: alaaa kena marah. *mencebik disebalik xperia x8. perlu ke?




tapi cerita tu memang takut pun. dok julur-julur jari hitam. kang keluar kat screen naya aku. habis je cepat-cepat pilih movie lain. Gotchaa!! Notebook untuk yang kesekian kalinya. pehhh.. nangis pulak. movie hari ini semua main emosi. leceh betul. tadi takut kena selubung, ni nangis nak pergi carik tisu pulak. baik aku tidur je dari tadi kan best. Huehuehue.



so, pengajaran hari ini. sila buat assignment rather than tengok movie jiwa kacau macam ni. Huwaaa.. tengok, tak pasal-pasal berangan nak life partner yang cintakan kita sampai akhir hayat. wujud lagi ke orang macam tu? wondering. we will never know until we get old right? tidur pun still peluk peluk gitewww.. so sweet. :)



the most romantic way to die. 



p/s: anyway, romantic person to be in love with? CHECKED! i miss you sayang. :)