Tuesday, 20 December 2011

At Last! Aku Melangkah Ke Fasa Seterusnya.



salam,


bebeh, tengah sakit gigi lah. sampai ke kepala hotak aku dia bawak main. sakit giler. aku tengah konpius ni nak pergi klinik UiTM ke atau pergi fakulti gigi sebelah fakulti aku. konpius punya pasal sampai tak kemana. haihhh.. kalau pergi fakulti gigi tu peratus untuk berjumpa doktor kacak lebih besar dari pergi ke klinik. aku dah survey dah. Kehkehkeh. habis kena pelangkung ni. ^^



oh yelah, sekarang semua tengah galak sebarkan video DENA & ARIFF yang super sweet itu. hampir semua blogger perempuan akan post entry itu dengan harapan boyfren diorang akan buat perkara yang sama. Kehkehkeh. tak kurang juga yang mendoakan kebahagiaan mereka. siapa tak nak hoi lelaki romantik macam tu. beruntung badan! :D bercinta lepas kahwin lebih manis sebab halal serba serbi. 

 cantik pulak cincin ni. rajin aku google. 



tak sabar nak kahwin. aura gatal dah keluar sikit-sikit ni. tapi kena garu cepat-cepat sebab banyak lagi komitmen aku nak hadap seperti dua minggu lagi. FINAL EXAM ! sooo, ketepikan semua yang laghah , fokus pada yang satu. aku nak dekan semester ni. Lecturer aku semua dah baik hati buat aku lelah hujung-hujung sem ni siapkan assignment. tak ada masa nak fikir pasal diri sendiri dah. makan pun tunggang-langgang. cis.. tapi sempat update blog. ;p


so this is it!! at last aku berjaya pangkah semua final project aku menandakan aku ke fasa seterusnya. final final final exam. ASEMEN? cam kekanak ribena minum milo eja tak lepas tapi sebenarnya aku nak buat AISEYYMANNN...ASSIGNMENT PULAK DAHH... tu kira short form lah tu. tapi lantak lah, yang penting dah lepas! phewww~



so, well bebeh bebeh sekalian. doakan kejayaan aku semester ni. abah aku pun baru lepas operate. pening kepala mak aku nak layan sorang-sorang. impian aku adalah untuk tidak menjadi beban kepada kedua ibu bapa aku. kalau boleh nak cepat-cepat bagi diorang duit lepas aku kerja nanti. hah, kemain tinggi cita-cita padahal lama lagi nak habis. final exam yang akan datang ni pun menggigil-gigil nak hadap. 



okbye! :)