Wednesday, 21 December 2011

Lecturerku dan Peguamnya yang Cantik.



salam,


dah hujung-hujung gedabak semester ni, mulalah nak bermaaf-maafan takut tersalah kata, terkuang hajor dengan lecturer, terguris terhiris sikit-sikit hati lecturer dan sebagainya. tapi dah dasar student paling tak ada perasaan di abad ini plus sakit gigi yang tak hengat, aku diam je dalam kelas. nanti-nanti lah dah ada perasaan sikit baru mintak maaf. haruslah ikhlas kan? kalau sekadar di mulut hati macam puaka tak jadi jugak. =.=' yeke? 



lecturer: today is our last class. hope we'll not meet again. (repeat lah tu maksudnya. sape nak kan?) so, saya minta maaf kalau awak semua pernah kecik hati dengan saya ke.. 

class: kami pun mintak maaf sir!!! (berdedikasi sungguh classmate aku ni. boleh jadi pelajar contoh masing-masing)

aku: .......... bagi saya A sir. (muka toye dek menahan sakit gigi)



maka lecturer aku terus seluk poket meraba-raba. hentah apa dia cari. nak bagi aku duit barangkali. dia capai satu kertas kosong dan dia capai pulak marker yang baru dia beli pagi tadi. dia tulis A kat kertas kecil tersebut. nak bagi duit hapenye.... loyar buruk yang aku terima. =.=' lantas dia hulur kat aku sambil sengih-sengih. 


nilah 'A' yang digembar-gemburkan.



aku: terima kasih lah sir. bermakna sungguh. T___T

lecturer: siapa nak A lagi boleh fotostat kat dia ehh..

aku: final nanti bagi saya A+. saya tak nak A je. (masih tiada perasaan)



walaupun aku watak utama dalam loyar buruk beliau, aku masih pending. padahal yang lain dah siap gelak ketuk-ketuk meja malah ada yang berguling-guling. huh, hiperbola sangat!




p/s: papepon sir, saya harap sir maafkan student sir yang sorang ni. halalkan segala ilmu yang sir dah bagi. terima kasih. :)



bye!