Friday, 16 December 2011

Nak pujuk balik follower yang hilang.



salam,



baiklah, tujuan aku berblogging pada mula-mula dulu sebab nak bagi hadiah kat diri sendiri. so, tepat pada pukul 12 tengah malam 23 Mac 2011 aku start sign up blogspot. memang aku tak ada hati langsung nak berblogging sebab aku pernah cakap dengan orang yang aku ni sensitip. kalau tak ada orang baca aku kecik hati. Hikhikhik. tak ke penat kau taip perah  pulas idea orang tak tengok pon. sedih tahu? 




tapi bila ada satu tahap tu aku dapat semangat entah dari mana. aku update hari-hari. aku update isu semasa. aku update apa yang aku lalui hari tu dengan harapan semua orang tahu cerita aku walaupun tak kenal aku. aku segan gak bila pikir-pikir balik. bukan ke dengan cara kita menulis orang boleh tahu personaliti kita? tapi aku macam lantak kan je sebab orang bukan kenal aku pun.



dua bulan pertama aku berblogging aku mula kenal siapa Fatin Liyana, siapa Cik Epal, siapa Cik Nadia baru dan aku ada menulis sedikit pasal diorang. so far favorite aku still Fatin Liyana dengan Cik Nadia Bayu. walaupun sekarang diorang jarang update, korang perasan tak? Hehehe.. kenapa aku suka diorang? sebab aku suka cara Fatin Liyana bawa diri sebagai seorang yang single, kena dengan umur dan muka dia yang cantik tu, cara dia menaip pun cam sempoi semacam je. envy gak kadang-kadang sebab hidup dia perfect. kaya dan bakal doktor cantik. tapi lepas tu aku slow kan sikit dengan envy hidup orang sebab hidup aku tak kemana pun bila rasa macam tu.  Cik Nadia Bayu pulak aku suka dia sebab dia bajet cute je, lepas tu perangai pon seghupa budak-budak walaupun dah kahwin. 




habis kat situ, aku tengok follower aku bertambah dari hari ke hari. suka lah jugak sebab tak ada lah aku syok sorang-sorang. tapi lately ni bila laptop aku rosak aku tak update dekat seminggu lebih kot? entahlah, tapi follower aku makin surut. korang yang menyurutkan bilangan follower aku ni cuba terus terang boleh? memang entry aku macam menyemak ke, entry aku tak best ke atau aku dah lama tak update lepas tu korang terus unfollow? WHY BABY WHY? hah kau kemain berbaby-baby kat sini. 



aku sedar gak nak berblog ni kena ada sikap 'berani post berani tanggung'. adalah jugak beberapa entry aku jadi hit sampai berbulan-bulan. semua pasal isu semasa. tapi nak buat macam mana. bila start masuk sem, hidup aku tak lebih tak kurang dalam dunia sendiri je. isu semasa? kalau ada pon aku dah baca dari blog orang lain dulu. cam tak best lah kalau nak komen lagi. basi dah weyh.. basi! 



so, that it is. aku akan terus membebel tanpa henti di sini tak kira la follower susut ke sisit ke sosot ke.. yang penting aku tahu aku selalu ada silent reader. Kehkehkeh. but you are always welcome to read my blog. if you hate this blog, you are so please to not to click this link again. no harm done! 


there is no such thing DUDE! 



p/s: tak ada ayat pujuk pun? hehehe.. 



okbye!