Saturday, 24 December 2011

Whats-With-That-Long-Face Story.

salam,



hokey... serious aku dah lama tak marah yang mengamuk macam nak hentam barang. owhh please ini bukan blog budak kecik yang pakwenye dirampas lantas mengamuk-ngamuk itu. sungguh bukan. aku memang ada sebab musabab yang jitu kenapa aku harus mengamuk. yang sadisnya aku tak tahu kepada siapa aku nak lepaskan marah aku. ni cerita kuajaqq nya.. 



aku baru je lepas seksa test berderet-deret semalam. itu tak apalah, memang dah student kalau tak ada test bukan student lah namanya khennn.. yang aku tak berkenannya aku sampai kolej je, dan sebagai seorang perempuan yang rajin membasuh baju, haruslah mengangkat baju pulak. kang basuh je tak angkat tak lipat tak sempurnalah kehidupan sebagai perempuan yang rajin. tak gitu? ahh lantak...




waktu angkat baju tu, aku ada perasan satu hanger yang tak dak baju. macam hanger aku. tapi aku persetankan je sebab aku punya semua ada baju. angkat lah sambil menyanyi nyanyi lagu Ramlah Ram yang ada hati kelip-kelip kat perut tu.gembira sungguh sebab kejap lagi nak balik rumah. packing apa yang patut. lipat-lipat baju. tiba-tiba otak mula memproses apa yang tak kena. WHERE IS MY NEW GREEN AWESOME SHIRT?? baru beli semalam. lupa nak angkat ke? pergi balik tempat sidai baju. NOPE! NOT THERE. aku tak basuh lagi ke? NOPE. TEMPAT BUANG BAJU KOTOR CLEAR! dah tak senang duduk dah. tiba-tiba aku teringat hanger aku yang kosong tu. SAH! SAH! ADA ORANG CURI BAJU AKU!!. cilake. time tu jugak muka aku yang sweet ini berubah jadi hulk hogan. sikit lagi asap nak  keluar kepala. 

tapi aku versi tutup aurat. 

aku sabarkan diri sendiri yang dah tak ghupe orang tu, aku tadah tangan tinggi-tinggi. aku doa semoga orang yang curik baju aku tu tak aman hidup dia. keji betul doa aku tu tapi serious aku marah. mundar mandir aku dalam bilik. tak tahu nak buat apa. aku tak sempat pakai baju tu dan paling sadis aku dah lama tak beli baju kemeja kotak-kotak, dia bantai tibai baju aku tu dulu. sial giler perangai. tahulah lawa. murah je weyh baju tu kalau kau nak mintak je, aku boleh sedekah dekat kau. dapat gak pahala aku sedekah dari aku maki kau yang tak ada otak ni. 



call munzir. bernanah telinga dia dengar aku membebel agaknya. Kehkehkeh. dah agak dah nasihat yang aku dapat adalah sila bersabar.. letak je telefon aku tak puas hati lagi ni. SHE MESS UP WITH WRONG PERSON DUDE.. bagi orang lain redha kot, tapi aku nak sampai ke tahap redha tu belum boleh lagi. aku dah la lama tak beli baju, senang-senang dia rembat. wakkkluuu aku nak biar. dok unibersiti otak kat kepala lutut. fikir-fikir.......



last-last aku keluarkan kertas-kertas warna aku yang paling shocking kaler dia. menggelabah aku cari marker tapi tak jumpa, aku rembat highlighter aku start tulis. aku ambil sellotape aku jalan laju-laju pergi ampaian. pap! aku tampal. fuhhh.. puas hati aku.


ayat paling mulia dah aku rasa. banyak gila aku tapis. otak aku tak pikir camni. rasa nak tulis benda maki je.



masuk-masuk je memang nampak dah nota cinta aku tu. aku tak harap dapat baju tu balik, aku harap dia sentap , terkejut, lepastu meninggal. ehh Astaghfirullah. tak tak. sentap, terkejut, insaf. macam tu. nama je perempuan perangai tak senonoh curik-curik baju orang. sekeh kepala kang. tak ingat ke Ahmad Luthfi kata...






p/s: tapi kes aku ni curi baju lah. 



okbye!